PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, September 27, 2011

Kenduri Kekah . Aisehh . . :(

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.


“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya. 
 
p/s: Hurmm bahaye betol KL sekarang ni.. Tu yang takut nak keluar malam2. Sebab nih lahh.. Adeshh!! Kepada adik2 perempuan kat luar tuh berhati2 lahh yer.. Kalau nak keluar jgn sorang2.. Bawak lahh member2 satu kampung.. So perogol tu tak bran nak buat kenduri kekah nih... 

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa