PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, August 27, 2010

Layan Gambar Lawak Jom!!

ee gay x senonoh.. wekkkk!!
Gambar nih memag x ley blahh!! ade ke patot
dok garu2 kat tempat awam!! hahaha

Wednesday, August 25, 2010

Muhasabah Ramadhan

Ramadhan datang dan pergi. Apakah kembara hidup kita terus dinaungi oleh teduh keberkatannya? Tahun demi tahun, apakah kita semakin menghampiri takwa yang menjadi tujuannya? Atau ia terus memecut, berlalu… meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Manalah tahu nyawa terhenti dan Ramadhan terus tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya.
“Apa perubahan yang kita nak buat tahun ni?” tanya isteri.Saya termenung, banyak… tapi mampu kah.
“Kita teruskan berbuka bersama di masjid. Kemudian menunggu Isyak, baca Quran dan solat Terawih.”
“Perubahan yang sama sahaja,” kata isteri seakan merungut.
“Itu pun payah kita buat kan?” tingkah saya.
Teringat betapa ada ‘protes-protes’ yang terpaksa saya hadapi sewaktu melaksanakan program perubahan itu dua tahun lalu.
Semua pihak terasa kehilangan rutin atau kebiasaan masing-masing dengan pelaksanaan program itu.
Along, tak mahu berterusan di mesjid (dari sebelum maghrib hingga selepas terawih) kerana kehilangan rutinnya, nak ‘relaks-relaks’ selepas solat maghrib.
Angah pula akan terlepas berbuka dengan makanan kegemarannya – mee goreng mamak, tahu sumbat dan makanan yang pedas-pedas kegemarannya.
Makan di masjid, menurut sahaja resipi yang disediakan.
Begitu juga anak-anak yang lain, ada sahaja yang terpaksa ‘dikorbankan’ dengan pelaksanaan program sebelum maghrib hingga selesai solat terawih di rumah Allah.
Awak masih ingat waktu kita mula berubah… daripada berbuka dengan makan nasi kepada berbuka hanya dengan air dan kurma?”Isteri tersenyum.
Sudah lapan tahun tradisi berbuka dengan kurma dan air kami pertahankan.
Mulanya susah juga, tapi lama kelamaan dah jadi kebiasaan.
Perlahan-perlahan semuanya sudah terbiasa.
“Saya penat hanya mengubah rutin-rutin lahiriah…” keluh isteri.
“Awak rasa macam mana?”
“Saya nak sesuatu yang lebih berkesan… perubahan dalaman.
Usia kita semakin senja, takut kita pergi tanpa mencapai tujuan.”
Saya akur. Kebimbangannya kebimbangan saya juga.
Apakah puasa kita mencapai tujuan – bertakwa?“
Amal biar sedikit tapi berkekalan. Perubahan biar sederhana, tapi berkesan.”“Apakah puasa kita telah mencapai takwa?”
“Lihat sahaja tanda-tanda orang bertakwa, apakah sudah ada pada diri kita?”
Sampai di situ, isteri saya terdiam. Bukan mudah mengubah hal-hal dalaman.
Kalau hal-hal luaran pun payah untuk diubah.“Orang bertakwa… mengawal marah.”
“Orang bertakwa… memberi dalam susah dan senang.”
“Orang bertakwa … jika terlanjur melakukan dosa, segera mengingati Allah dan bertaubat kepada-Nya.”“Orang bertakwa… seorang yang pemaaf.”Pengertian itu saya sebut berulang-ulang. Mengulang-ulang apa yang telah Allah tegaskan di dalam Al Quran.
Ah, jauhnya Ramadhan daripada kita bila diukur pada hasilnya. Saya masih gagal mengawal marah pada saat-saat yang kritikal. Padahnya, sewaktu itu terasa kita patut ‘melepaskan’ marah, sedangkan orang bertaqwa sentiasa mengawalnya. Pemaaf? Ya Allah! belum lagi. Kadang-kadang hanya kata-kata memberi maaf, tetapi rasa di dalam dada masih menyimpannya.“Perubahan dalaman ni kita mulakan dalam diri masing-masing. Kita hanya boleh pesan memesan sahaja.”
Dulu di kampung, Ramadhan disambut penuh meriah. Ketika zaman kanak-kanak. Berbuka di surau bersama teman dan kemudian menunggu moreh sambil bermain kejar-kejar. Ketika itu fikiran kanak-kanak kita hanya dapat menjangkau – puasa tak boleh makan-minum, buka, bersahur, ada solat terawih, baca Quran dan kemudian hari raya! Alangkah indahnya. Tapi tahun demi tahun berlalu, kita digamit usia, pengertian makin mendalam… Ramadan bukan lagi tradisi yang datang pergi tanpa isi. Kita diterjah pertanyaan, sampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa?
Dulu, ketika Ramadhan datang, badan masih bertenaga, namun ilmu hanya setakat di permukaan… puasa hanya pada sah dan batal. Kini Ramadan datang, ilmu mula menyelam, namun tenaga semakin kurang. Kesihatan mula terjejas. Ingin bertindak, tapi terbatas. Ya, Allah… bagaimana Ramadhan ku kali ini?“Buat apa tu bang?” tegur isteri, memintas lamunan saya.“Tak, bila awak sebut-sebut tentang hal-hal dalaman tu, memaksa saya merenung dalam-dalam.”
Di luar bilik, anak-anak ketawa dengan gurau sendanya. Mereka belum mengerti perlumbaan usia dan amal. Di dalam kami berdua seakan-akan menangisi Ramadhan kami yang hilang… Sambil menunggu Ramadhan yang akan datang. Sempatkah?PADA RAMADAN INI…
Ramadan ini akan pergiNamun yang pergi hanya giliran purnamaBukan rasa dan maknanyaSemuga semuanya masih… di jiwayang sentiasa merinduibarakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadan iniakan terus menerangi… bulan-bulan seterusnya?)
Nanti Syawal bertamu juaBersama wajah seindah fitrahTasbih, tahmid dan takbir pun diucapkanMeraikan satu kemenangandi satu peperangan…di dalam diri
(Apakah kita berjaya?atau sekadar menumpang gembira…di pinggiran kebesaran-Nya?)
Ramadan dan Syawal akan pergisilih berganti masa Dan kita bagaimana?Masih di pelabuhan alpa?Masih di dermaga dosa?Dan bahtera kita terus kelelahan..dihempas ombak keresahan
(Akan tiba saatnyaKetika Ramadan dan Syawal datang juaTapi kita telah tiada…untuk menyambutnya!)

Fakta Menarik Tentang Al-Quran

Ajaib tetapi benar !
Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda, sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran :
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut =32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT !!!

Fakta Menarik Tentang Islam..

1.Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya.
13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Monday, August 23, 2010

32 Artis Terlibat Termasuk BC(bini ASRAF) humm??

Dari Jakarta: Kes vokalis kumpulan Peterpan, Ariel bersama aktres Luna Maya dan Cut Tari bertambah mengejutkan dengan pendedahan sekurang-kurangnya 32 lagi artis yang didakwa terbabit sama dalam klip porno bersama Ariel. Manakala polis Jakarta telah mengesahkan Ariel dan dua aktres berkenaan, Luna Maya dan Cut Tari, adalah pelaku seks membabitkan klip video lucah yang tersebar luas di Indonesia (dan juga mungkin Malaysia). Ah, gawat bangat ini. Ariel kini berhadapan dengan tuduhan merakamkan perbuatan seks bersama dua aktres berkenaan. Sebahagian besar wanita yang ditiduri Ariel itu adalah artis dan selebriti Indonesia. Berita tersebut terdapat dalam laman web inilah.com yang memetik sumber yang tidak dikenalpasti. Menurut laman web tersebut, “Ada 32 wanita terbabit merakamkan hubungan mereka dengan Ariel dan mirip selebriti terkenal termasuk Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis band SHE, Melly Herlina." Maklumat kebanyakan media Indonesia juga menyebut, sebanyak 32 fail membabitkan 23 rakaman video lucah dan sembilan gambar foto Ariel didapati bersama dengan sekumpulan wanita. Daripada 32 rakaman video terbabit serta lima gambar foto menunjukkan gambar Ariel bersama pasangan yang belum diketahui identiti mereka dan selebihnya adalah adegan Ariel dengan beberapa wanita mirip artis Indonesia dengan pangkal nama bermula dengan huruf RF, AK, AE, MH, KD dan BC. Makin keliru Pihak polis ketika diminta mengesahkan sama ada sedang menyiasat perkara itu berkata: “Kata siapa? Kami masih menyelidik yang sedang beredar sekarang. Dari situ kita akan selidik dulu,” kata Pengarah Mabes Polri di Jakarta, Brigadier Jeneral Saud Usman Nasution. Katanya, polis masih meneliti kes terbabit. Hingga kini polis sedang cuba mencari bukti. “Siapa yang menyebarkan itu perkara pertama yang akan kita bertindak terlebih dulu,” katanya. Polis meminta mereka yang memiliki video atau gambar porno segera menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Ariel disahkan pelakon video lucah

Berita dari Jakarta mengatakan Polis Indonesia secara rasmi telah mengesahkan yang bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham, 29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua selebriti wanita Indonesia iaitu Luna Maya, 26, dan Cut Tari, 32. Pengesahan tersebut dibuat oleh Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi. Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan ke atasnya. Tuduhan ke atas Ariel ialah melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah (berzina?) “Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” kata Ito Sumardi yang dipetik oleh portal detikhot.com. Kata Ito Sumardi lagi, model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi. Mereka berdua berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya untuk melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang marah dengan perbuatan mereka itu.

Paris Hilton nafi ditahan bersama lelaki Malaysia

Berita luar negara dari sumber berita Agensi 18 Julai lepas melaporkan selebriti bermasalah yang penuh glamour, Paris Hilton menafikan dia ditahan polis semalam di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya. Paris Hilton dilapor transit di pulau Mediterranean itu menaiki jet peribadi, bersama 'personaliti yang rapat dengan orang berpengaruh di Malaysia' ketika dalam perjalanan dari Paris ke Porto Cervo di Sardinia. Dalam satu ulasan yang disiarkan di laman rangkaian sosial Twitter miliknya, pewaris empayar Hilton itu menegaskan laporan berita itu hanya khabar angin semata-mata. Hentikan khabar angin ini. Berita yang mengatakan saya ditahan tidak benar sama sekali. Saya sedang menikmati percutian paling menyeronokkan dalam hidup saya. Media semalam melaporkan, Hilton ditahan seketika di Corsica selepas anjing penghidu mengesan ganja di dalam beg tangannya. Akhbar Corse Matin melaporkan, pegawai di lapangan terbang di Figari menemui kira-kira satu gram ganja, menyebabkan aktres itu ditahan untuk soal-siasat, namun dibebaskan 30 minit kemudian. Awal bulan lalu, selebriti itu ditahan kerana didakwa menghisap ganja pada satu perlawanan Piala Dunia di Port Elizabeth, namun dibebaskan kemudian.

Maya Sah Bercerai

]
Masa mula kahwin memang bahagia. Tapi perkahwinan romantik Maya Karin dan Steven di Italy tak menjamin kebahagiaan berkekalan. Akhirnya bercerai juga. PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin, 31, telah bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Ali, 40, atau nama asalnya Steven David Shorthose. Penceraian itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan tersebut hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jumaat 16 Julai 2010. Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama daripada mahkamah syariah untuk bercerai. Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyelesaian mendalam. Kami percaya dengan keputusan ini, ia menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan. Perceraian tersebut adalah setelah genap sepuluh hari selepas permohonan Maya dan suami untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama. Akhirnya pada prosiding mahkamah kali ketiga Jumaat lepas, perceraian mereka disahkan. Bercerai selepas 10 hari perkahwinan disahkan Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah sama pada 24 Jun lalu. Namun tiada siapa diberitahu apa yang berlaku dalam mahkamah pada hati itu. Kemudian pada 7 Julai lalu, mereka berdua pergi ke mahkamah sekali lagi bukan untuk bercerai tetapi untuk mendapatkan pengesahan mahkamah yang pernikahan mereka sebelum ini di luar negara adalah sah. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan mereka itu. Namun Jumaat lepas apabila mereka sekali lagi datang ke mahkamah, perceraian mereka disahkan. Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka sememangnya tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga. Kenapa mereka bercerai? Jawapannya masih misteri. Kedua-dua Maya Karin dan Steven tidak memberi sebarang komen tentang hal itu di luar mahkamah. Sama misteri macam perceraian Anne Ngasri dan Wafi. Berita sebelum ini: Maya Karin belum bercerai

Saturday, August 14, 2010

Tazkirah Ramadhan

1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Tercipta Untukku

Mohd Afiqh ♥ Azreen Wahyunie Menatap indahnya senyuman diwajahmu Membuat ku terdiam dan terpaku Mengerti akan hadirnya cinta terindah Saat kau peluk mesra tubuhku Banyak kata Yang tak mampu kuungkapkan Kepada dirimu Aku ingin engkau slalu Hadir dan temani aku Disetiap langkah Yang meyakiniku Kau tercipta untukku Sepanjang hidupku Aku ingin engkau slalu Hadir dan temani aku Disetiap langkah Yang meyakiniku Kau tercipta untukku Meski waktu akan mampu Memanggil seluruh ragaku Ku ingin kau tau Kuslalu milikmu Yang mencintaimu Sepanjang hidupku Yang mencintaimu Created by Qifayu_4eva™

Thursday, August 12, 2010

tibanye d TS

Aku bukan ayu,tetapi someone special bagi diri beliau ,cewahhh.. Selalu die jek dok membebel menceritakan tentang kisah hidup beliau, now it's my turn.. Kami ni juz share is caring jek blog ni, sebab aku tak tahu main blog haha.. Tengok ah nanti aku pula mencipta blog sendiri, bak pepatah wayang berkata "coming soon" ,suspen gituu.. Kisah yang saya nak membebel ni pun tentang memories date kiteorang, saje nak sharing.. Pada suatu hari tersebut kiteorang pergi date kat Time Square.. Banyak kali dah kami menjelajah tempat tersebut tetapi first time gerak dengan menaiki motor, sebelum ini naik kereta jek, fuyoooh, memang bajet sungguh.. Gedegang !! kemek haha, hanya beliau saja yang tahu. Orait2, back from the story.. Pada hari tersebut aku boleh dikira ummm terpaksa juga la, mengenakan pakaian yang berwarna Pink , wahhh.. Dengan menebalkan muka selebar entah berapa meter tapi yang pentingnya hati tuh mesti ikhlas ek.. My job bile balek umah adalah menjadi seorang "dreba" , pergi le jemput beliau.. Memang function baik punya bawak awex aku ni hehe, jangan berfikiran kuning yek.. Maksud daku disini beliau boleh jadi pemandu pelancong sebab aku memang kureng tahu jalan KL ni ,bukan tak tahu langsung ek haha, malu2.. Tapi ape guna tahu jalan tapi tak tahu parking kat mana, memang nak kene wachaaa.. Takpe, hobi aku memang suka main redah jek.. Masuk punya masuk, jumpa gak parking.. Wahhhh, power gak aku tapi dalam tuh juz park untuk kereta daaaa , salah redah pulak.. Yang best nye masa nak amek tiket parking, berbaris punya panjang kereta tapi kiteorang jek naik moto, nak patah balik un dah tak boleh, pehhhhhh , nak jek aku tinggalkan awex aku kat situ sorang2 pastu aku pergi menyorok hahaha malu2.. Tapi sayang punya pasal kan my babe !! cewahhh...
Tapi nasib baik ada brader tuh tunjuk jalan yang benar, fuhhh, selamat gak tiba ke destinasi yang ditujui.. Orait lepas tuh, kteorg pegi makan kat kdai mamak, nak jek pow beliau makan kat mcD haha, tapi kering punye pasal, next month ek cyg haha.. Mase tuh un aku tggu teman sperjuangan aku datang sambil melopong tengok awex aku melahap , cian die lapar.. Lepas tuh kteorang pegi beli tiket wayng , punye le ramai manusia lak time tuh beratur , da mcm ade demonstrasi lak.. Mase tuh cite paling hot "sorcerer apprentice" , tapi full gler , ade le kosong tapi sanggupkah anda mahu mendongak ?? aiyaaa.. Kteorang tgk ah cite sorcerer gak tapi versi malaya punye, cite "mantera".. Awex aku pun mcm na sangat tgk cite , konon bran lew tuh tapi main sorok2 gak belakang aku hehe , ke nak manje2 ?? hahahah ..
OTAK !! Ape zombie le pulak !
Kat TS kteorang sempat gak ah amek pic2 wat kenangan.. aku memang ske wat collection pic2 for memories nie, tapi ade le sorang insan nie dye pegi buang sume pic2 tuh , memang betoi2 nak kne wachaaaa.. naseb baek sayang die aiyaaa..
Mak aku ckp org kat Libya org bangla jek pkai bju pink , betoi ka ??
Kaki un jadi lew ..

dlm bus 37..

mase nih baru balek Gopeng.. heheh sanggup auk afiqh nih amek aku.. syg dyerrr

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

to all Muslimin.. aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. sempene bln yg mulia nih jom lew same2 kite kenang2kn org yg dh pegi.. um semoge roh mereke sejahtere.. amin!!! x lupe gak sedare seagame kite yg sdg kesulitan.. same2 lah kite berdoa moge dorang pat bersabar and tabah dgn dugaan.. AMin!!

from PUDU to BUKIT JALIL

heheh mase nih nk pegi anta afiqh ke Bukit Jalil.. die nk balek KKTM kat Batu Pahat.. huhu ngah tunggu LRT.. sambil2 tuh capture2 ahh.. wat kenangan meyhh.. hehehe (^_^)

Monday, August 9, 2010

Cinte Antare Kite

Mohd Afiqh ♥ Azreen Wahyunie Sejak dari dulu ku menyintai mu Kau tahu begitu namun kau berpura Ku masih teringat kau peluk diriku Kau telah membuatku menyintaimu Sudah berapa lama diriku ini Tak bertemumu Mungkin ku harap jua kau merinduku Sebagaimana ku rindumu.. Cinta antara kita Tiada penghalangnya Walau akhir usiaku menyinta Dirimu ku hanya menunggumu Mengata kau cintaku Ku kn berjanji menyintamu syg Setelah kau pergi jauh dari sisi Tiada ku cinta selain dirimu Ku ingin bersama dgnmu selamanya Biarpun sehingga ke akhir nyawa Mungkin kau x mengerti Maksudku dulu pada dirimu Kini ku kan menyinta Dirimu itu sehingga ke akhir waktu.. Cinta antara kita Tiada penghalangnya Walau akhir usiaku menyinta Dirimu ku hanya menunggumu Mengata kau cintaku Ku kn berjanji menyintamu syg Created by Qifayu_4eva™

hepy bezday azri..

sabtu ritu iaitu 7.8.2010 kat McD Titiwangse, mamang jun buat parti besday anak diee.. Azri Shah yg 3.8.2010 genap satu taon.. dh besa ank die tuh.. jalan pown dh ok walo kadang2 tuh nk jatoh2 gk ahh.. hee it's ok.. kecik agy meyhh.. aku nk cite ni pown bb ade yg spesel auk sal hari lahir si Azri nih.. mase die dilahirkan iaitu 3.8.2009; genap lew setaon anniverse kapel ibu n ayah dierr.. terer gk mamang jun wat perancangan ekk.. hehehe.. tengok ahh pioc2

Friday, August 6, 2010

KETIKA AKU KECIL..

aku berank kat HBKL pade 26 OGOS 1991 jam 10.10 am.. hee mak aku cakap mase aku kecik2 aku nih degil auk.. suke wat rule sendiri.. kdg2 penig pale otak mak kau tuh(xtau tol kew x) hee satu hal yg aku malu lau mak aku cite an, sal nih ha.. aku nih mase kecik2 gedik ciket auk.. suke mekup2.. ee betol kew aku tuh.. tp skunk aku x dh.. kureng.. dulu aku nih ank tunggal pompan.. skunk nih aku ank pompan sulung.. dulu aku di manje2.. skunk ni aku di pinggir2,, huwaaa sedih gilew vavi.. hahaha wat evr.. janji aku epy gilew2.. hehhe

pade satu pagi... hehehe

aku ingat agy mase aku dok kat ASRAMA ANK2 YATIM DARUL HIKMAH, GOPENG.. mase tuh aku FORM5 auk.. pd satu pg nih an, aku dok siap2 nk pegi skul.. semangt gilerr nih.. aku pown wat larr persiapan terakhir iaitu pakai kasut yg putih gilew baby tuh,, dgn lgkh yg begitu yakin aku pon berjalan ke dewan makan tok amek bekpes (aku kalo x bekpes bley pengsan woo).. sebelum tuh aku bg ahh salam kat Ustaz2 and MakCik kntin yg sudy masak tok kami tuh(aku ank baek..tuh yg bg salam).. pastu aku pown pegi ah amek pinggan and letak makanan aku tuh.. and then aku pown pegi lew duduk.. "bismillahirrohmanirrohim" kateku di dlm ati.. tgh mengunyah makanan, tibe2 aku dikejotkan dgn satu suare sumbang nih auk.. "woi!! sape terpijak taek nih?!!" and sume budak2 usyar kasot masing2.. aku wat derk jerkk bb aku mls nk amek port.. tgh sibok dorang mengusyar kasot dorang, tibe2 ade plak mamt nih dok usyar aku..(tau ah aku cantek,, x yah ahh usyar2), kalo usyar xpew nih dok jerit agy.. mcm nih: "woi!! kasot ayu ahh ade taek!!".. aku dgn sepantas kilat mengusyar kasot aku.. Ya Allah!! my shoes!! iyekkkkkkkk!! kasot aku ade taek lembu.. patot lew pown ase pns2 lembik jerk td kasot aku nih.. upenyew aku terpijak taek.. x bertamadun tol lembu2 tersebut.. bley plak melepas merate2.. kuang asam boi tol!! dan semenjak pg tuh aku telah di gelar 'AYU TAIK LEMBU'.. sekian saje.. hehehe cerite ini tiada kaitan antare yg edop atau yg nazak atau yg separoh nazak atau pown yg dah pejam same sekali.. heheh

keje... keje... keje..

yeppe.. akhirnyew siap gk keje aku nihh.. td aku wat numbering.. pehh xnk berjuling plak aku punye mate nih.. 800 dol aku kene tulis.. naseb baek ade kak sal and my auntie(tp rini dyer MC plak) yg sudy tolong aku wat keje.. aku nih lembap siket auk.. selalu gk ahh kene mara nan PUAN NORA HAYATI.. hee tp die baek aty.. kalo x wat pew dyer amek aku keje kat company dyer nih.. ye x?? hee tp aku epy auk kat tmpt keje baru nih.. sebelu aku keje sini aku keje kat 7Eleven..(ala tempat yg aku jumpe my Heart tuh.. hhehehe).. aku keje sini sejak taon lps agy.. tp sejak aku keje sini kn bdn aku dh macam tong drum.. dulu kurus sekarang bom-bom.. hehehe mkin comey gitu..

wt keje..

hee ary nih dlm sejarah aku boleh siapkan keje.. x tnye org tuh.. heheh bes gk wat keje nih.. selalu aku nih x suke bb x phm kan.. hurm ape2 pown working is keje.. jgn nk ngelat2 plak.. kene mara dgn bos baru tau.. hahha rini aku nk amek pkwe aku kat BUKIT JALIL.. lame x jumpe dyer.. 2 minggu oo.. bley sasu auk.. hehehe pape hal aku letak pic aku dgn pkwe aku ekk.. LUV U SYG..

Thursday, August 5, 2010

Karoke Time

hee mase nih kitorang baru2 gk kapel.. umm baru sebulan kot.. cmtuh lew gamaknyew.. gmbar kitorang amek kat dpn BREM MALL.. baru lps melalak lew katekan.. penat gk ahh.. hee tp pakwe aku nih suke sgt tunjuk gigi jongos dyer tuh.. lau lawa x peww.. ee... tp xpew.. aku still cinte dyer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa