]
Masa mula kahwin memang bahagia. Tapi perkahwinan romantik Maya Karin dan Steven di Italy tak menjamin kebahagiaan berkekalan. Akhirnya bercerai juga.
PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin, 31, telah bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Ali, 40, atau nama asalnya Steven David Shorthose.
Penceraian itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan tersebut hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jumaat 16 Julai 2010.
Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama daripada mahkamah syariah untuk bercerai. Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyelesaian mendalam. Kami percaya dengan keputusan ini, ia menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan.
Perceraian tersebut adalah setelah genap sepuluh hari selepas permohonan Maya dan suami untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama. Akhirnya pada prosiding mahkamah kali ketiga Jumaat lepas, perceraian mereka disahkan.
Bercerai selepas 10 hari perkahwinan disahkan
Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah sama pada 24 Jun lalu. Namun tiada siapa diberitahu apa yang berlaku dalam mahkamah pada hati itu. Kemudian pada 7 Julai lalu, mereka berdua pergi ke mahkamah sekali lagi bukan untuk bercerai tetapi untuk mendapatkan pengesahan mahkamah yang pernikahan mereka sebelum ini di luar negara adalah sah. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan mereka itu.
Namun Jumaat lepas apabila mereka sekali lagi datang ke mahkamah, perceraian mereka disahkan. Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka sememangnya tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.
Kenapa mereka bercerai? Jawapannya masih misteri. Kedua-dua Maya Karin dan Steven tidak memberi sebarang komen tentang hal itu di luar mahkamah. Sama misteri macam perceraian Anne Ngasri dan Wafi.
Berita sebelum ini: Maya Karin belum bercerai
No comments:
Post a Comment
Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v