PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, March 9, 2012

Katon Feveret Aku ..

Bismillahhirrohmanirrohim~~ ^.^

Hee hari ni terlebih rajin pulak nak update blog.. Yela hati tengah senang kan. Semua benda nak buat. Huuuuuu~~ Oklah. Aku nak share siket pasal katon feveret aku. Korang mesti ada katon feveret masing2 kan? Eh takde ke? Hurmm rugi ahh orang tak layan katon ni. Katon ni bukan utk budak-budak je. Kakak budak, abang budak, mak budak, bapak budak, atok budak, moyang budak and  segalanye lahhhhhhhhhh semua boleh tengok tau. 

Bagi aku lah, kalau kite layan katon ni kan, bile tengah stress2 pastu tengok katon kompom hilang stress korang tuh. Eh betul lah.. Buat ape aku nak tipu. Cerr korang pergi try. Eeeee dah2.. Aku nak cerite pasal katon feveret aku. Bukan merapu2 kat sini.

Ok. Let's start.

1. Spongebob Squarepants


-aku suke spongebob ni sbb cerite ni mcm bagi satu inspirasi kat aku.
-salah satunye kerje biar ikhlas.
-kalau korang pernah tgk katon ni mesti korang perasan kan. yang Spongebob ni mane pernah berkire dalam hal2 kerje die.
-aku suke spongebob sbb die ni baik hati. bukan baik dah mmg terlalu baikkkk.. v('.')v



2. Fairly Odd Parents


-cerite ni aku suke sbb aku boleh berimaginasi.
-best lahh kan kalo dpt pari2 mcm si Timmy ni.
-aku suke tgk watak Cosmo.
-peranagi die mmg buat aku gelak pecah perut.
-wkwkwkkkw :D



3. Phineas & Ferb



-cerite ni buat aku kagum dgn budak2 mcm si Phineas & Ferb tu.
-walau mmg agak tak tercapai dek akal utk budak2 buat keje2 mcm tu tapi nothing impossible in the world.
-right? nanti jgn terkejut kalau2 adik korang jadi mcm depa ni..
-:D


4. Hagemaru



-yang ni kisah family yang sgt2 lah kedekut tahap cipanziiiii..
-kedekutnye tak tau lah aku nk ckp.
-penjimat nak mamposs..
-hahhaha. tapi cerite ni mmg best.
-salah satu keton feveret aku.

Rase sampai sini jek lahh kisah katun aku. Aku tak berape ingat katun2 yang lain. Nanti kalu aku dah ingat aku update kat sini.. 

Note: banyak katon feveret aku. tapi yang ni jekk aku mampu nak ingat. yang lain tuhhh suam2 kuku jekk.. Hee :D

Jum potong kuku ~~

Salam semuaa.. :D

Hari ni mood saye sgt3 happy. Hee kenape yer?? Ngee~~ Nant2 lahh saye cerita. Huu.. Hari ini dh Jumaat. Sekejap jekk kann? Adeii mcm baru smlm den sambut birthday adik den.. Mase mmg berlalu dgn cpt sekali. Salah satu tanda2 kiamat. :/ (Kiamat tuh pasti)

Nak share jek. Hari Jumaat ni penghulu segala hari. Mmg special lah hari Jumaat ni. Huu banyak pahala yang boleh kite dapat kalau kite rajin nak buat. Hari Jumaat ni banyak jugak pahala sunnahnye.. Salah satu sunnahnye ialah potong kuku di hari Jumaat. 

Aku mmg dah lame ikut cara ni. Setiap hari Jumaat mesti potong kuku. Walaupun hari2 lain tu kuku aku dh mcm pontianak, aku still tunggu hari Jumaat nak potong. Hee :D

Nak potong kuku ikut sunnah Nabi pun ade aturannye tau. Tak boleh sebarangan jekk.. (Hee pandai jek aku ni) Eh tapi betul lah.. Aku dh search.. Tak caye tengok gambar kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Huu kan betol aku cakap. Hah korang boleh lahh ikut gambar ni. Ade 2 pilihan. So korang boleh pilih mane yang senang. Hee. Jom potong kuku :D

Note: suke kuku pendek~~

Selamat Hari Jumaat semuaaaaaa .. v('.')v

credit: Harian Metro Online

 

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.

Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.

Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.

Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

Thursday, March 8, 2012

Kelebihan Berdoa :)

DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”
Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.
Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.


Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.
Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.
Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.
Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.
Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”
Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”
Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.
Credit: Harian Metro Online
Note: Jum kite berdoa~~ :)

Dulu dan Sekarang

Dulu~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: 53 kg ::



Sekarang~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: 65 kg ::
OMG :(

Note: Nak kurus tapi tak nak diet .. :P



Selamat Hari Wanita Sedunia 2012 .. ^.^

Hari ni 8 Mac telah ditetapkan Hari Wanita Sedunia. Huu punye tinggi darjat wanita ni. Sampai ade hari khas tok kiteorang.. Awww >.<

So pade2 wanita di luar sane aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI WANITA'. Peace yooooo...



Note: wanita, dirimu begitu berharga .. :)

Selamat Hari Beranak to my Sis ..

Bismillahirrohmanirrohim~~

Huishh lamenye tak update blog.. Huu busy lebih lah.. Kadang2 tak tau nak tulis ape.. Malas nak tulis2 ni. Adeiii.. Ayu awat hang ni malas sgt?? Huhhh!

Okeyzzzzz.. Balik pade topik asal kite.. :D Ahad lepas iaitu 4.3.2012 haritu, adik pompan aku menyambut hari beranak die. Yang ke 16 tahun. Alaaa sweet 16th gituu... Nyampazzz taww.. :P

Haishhh tak sangka betol die dh gede sekarang ni.. Dah Form 4. Rase mcm die ni baru umur 12 tahun Mase die umur 12 tahun aku baru umur 17 tahun. Hee nak mude lahh.. Sekarang dh 20-an.. Esh2.. *sambil geleng pale* Mase hari beranak die tu aku buat lah majlis siket2. Huu pokai jugakk lahh.. (waaa ayu... mcm tak ikhlas jekk) Heee tak2.. Kakak ni mmg baik hati.. Takde tak ikhlas2 nye..  *wekkkkkk*

Hurmm aku just wat kecik2 jekk.. Hee kecik2 pun abis banyak jugakk duit aku.. :D Yelaaa tok adik pompan tunggal kann.. Die jekk adik pompan aku yang paling degil. Taknak dengar cakap & suke melawan cakap aku.. Aisshh saborr jek lahh.. Huu

Tapi yang bestnye hari beranak die tahun ni sbb banyak yang nak sponsor. Pakcik aku sponsor kek. Secret recipe kauu... Fuhhh!! Jimat duit aku.. Hee Makcik2 aku sponsor mee kuning, nuget. Ok lahh kan.. Soo pade pakcik saye yang baik hati terima kasih daku ucapkan. Kerana telah meringankan beban saye.. Pade Makcik saye jugee. Thank a lot. Sayang anda2 semua.. Muaxxxxxxxxxxxxxxxxxxx... :)

Ok lahh.. Jom kite layann gambar2 sepanjang majlis tuh.. Huu tak banyak punn.. Ngeee~~


:: khusyuk tengok cite katunnn ::

:: mase ni kitorang tgh tgk adegan lucu ::

:: hah!! ni lahh.. ade ke takut dgn ayam.. name jek keje dgn KFC ==' ::

:: ni lahh kek yg telah disponsorkan pakcik kami.. thankssss ::

:: apam polkadot.. yummy!! order kat  Eisya ::

:: bersungguh2 buat keje ::

:: peace aka orang kuat majlis ni juge ::

:: birthday gurl tak sabar nak potong kek ::

:: hepy besday to meee ^.^ ::

:: yeahhh.. potong sudahh ::

:: siket jek makanan ::

::  cutenye ira ::


::  jom merewang :D ::

:: pengantin yang tak berape nak baru ;D ::

:: hahah kesiannye adik2 aku ni ::

:: sweet kapel mapel :P ::

:: motif gambar ?????????? ::


Huu thanks pade yang sudi hadir.. yang tak hadir tuh aku takan ampun kan korang.. ecehhhhh.. gurau jekk.. Huu just boring lahh sbb tak ramai yang datang kan.. Hee peace ('.')v



Note: Hari beranak aku nak buat mcm mane ekkkkk???

Welcome to our family :)

Huu family kami telah menerima seorang lagi ahli baru. My new aunty. Yang telah selamat diijabkabulkan dgn pakcik saye pade 17.12.2011. Welcome aunty.. ;) Semoga dapat membiasekan diri dgn keluarge kami yang tak seberape ni.. Hee :D .. Peace (",)v

:: ewahhh!! pengantin sudah datang ::

Note: sekarang ni kalo tgk org kawen rase mcm nk kawen jekk.. Huu awww gatai nooo... ;)

Thursday, March 1, 2012

Comfirm Gelak Guling2.. :D

Layan VC ni.. Aku dpt dari youtube. Sape2 yang tengah tensen sekarang ni comfirm tersenyum tak pun tergelak2. Hahahah.. Jum2.. Layan2..

Tentang Rasa by Astrid

Jom layan lagu ni... Huu :')

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Saye & Tom Cruise

Haloooo .. Ishh lamenye tak update blog.. Huu mood malas melanda lah.. Sejak kebelakangan ni asik malas jek. Sampaikan boyfreindforever (BFF) saye dok tegur. Huhh! Saye tak boleh ditegur. Lagi2 kalo yang buruk2. Pastu lagi2 kalo org tersayang kite yg tegur.. Hee touching ooo.. :'( Sampai merajuk panjang.. Huhhh!! What ever.. =='

Okey2.. Balik pade topik kite ekkk... Last month. Iaitu awal februari lepas, company aku buat trip. Trip ke Bangkok. Hee tau kan kat mane Bangkok? Tak tahu pegi tanye En. Google. :D

Mase kat Bangkok mmg banyak tempat yang best2. Huu Bangkok mehh. Ngee~~ Ade satu hari ni. Aku dok jalan ngan kawan2 aku. Pegi ke Siam Discovery. Kat situ aku bertembung dengan pakwe handsome. Wauuu! Sape tak kenal pelakon barat ni. Abg Tom Cruise kite lahh.. Nasib baik die dh ade bini.. Kalo tak mmg aku dh gune2 kan die.. Hee (Abis lahh kene saman dengan Madam Kate).


:: teruje bertemu abg Tom.. awww.. ps: baju malaya di Bangkok ::

:: abg Tom dikelilingi cewek2.. Abis lahh kene saman dgn Kate ::

:: abg Tom kene buli.. heheh :D ::

Huu just patung lilin aje.. Sebenarnye Tom ni tak lah tinggi mane. Lebih kurang tinggi BFF saye jekk.. Tapi BFF saye mmg rendah lahh.. Hahha macam mane tuh? ??

Mule2 tengok patung lilin ni aku teruje betoll.. Huu kat Malaysia takde. Dan aku tak sangka kat Bangkok ade. Yang ni aku amek gambar percume jek. Ade muzium patung lilin ni. Tapi kene bayar 600 bath lahh.. Kalo ditukar ke mata wang Malaysi just RM60 only. Murah kan? Huu mmg murah. Tapi mase tuh dh tak sempat. Fulus habissss... Waaaa :'((

Kalo korang pergi Bangkok, try lah masuk kat sini. Kat Siam Discovery. Rugi tau kalo tak masuk. Macam aku lahh.. Mmg rugi. Kat Malaysia takde. Benda ni kat luar negara jek boleh jumpe. Huu mcm2 ade kat dlm tuh. Ade ahli sukan, politik, selebriti & lain2. So sape2 yang pergi Bangkok tu WAJIB lah singgah situ.. WAJIB tauu.. ;)

note: bile Malaysia nak buat macam ni... Huuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa