Thursday, May 31, 2012

Bayangkan je lahhh.. :D

Assalammualaikum..


Hee hari ni terlebih RAJIN nk mengUPDATE my blog. Ecehh.. :P

Tadi mase aku online FB aku bace lah notification aku. Ade membe aku ni komen pic aku.. Dalam komen tu aku tulis cmni *gelak guling2*.. Pastu membe aku ni balas ahh " "x leh bayang kau gelak guling ouh" ".. Hahha amboi~~ Ayat ni nak mengutuk aku ke ape? (Tau lah saye GUMUK +___+).. Ngeee... :D


:: Sila KLIK untuk tumbesaran ::


Hahha :DD.. Kepada membe aku ni.. Aku suggest kau just bygkan jekk.. Tak yah nak susah2.. Hee kau bygkan mcm dlm cite Hindustan tu.. Yang dok guling2 atas rumput.. Hah ko bygkan cmtu jek.. (walaupun aku tak lah seSLIM mcm heroin Hindustan tu *.*)..






Tak pun ko bayangkan mcm ni
.
.
.


:: comey kan KUCING tu gelak guling2? mcm aku lah ::


Dapat dh imagine kalo aku gelak guling2? Hee comey kan? :P

Ok bai..


Nota kaki: tapi kucing tu memang menakutkan..

Selamat Ulang Tahun Pakcik .. (^_^) v

Assalammualaikum WBT.

Nak nyayi jap..

Happy birthday to U..
Happy birthday to U..
Happy birthday happy birthday happy birthday to U....

:: For U Mamang ::

Hee hari ni 31.5.2012 seorang pakcik saya menyambut ulang tahun. Dah tuoo pak cik den ni. Eh opkos ah tua dah nama pun pakcik. Ngee meloyarburuk pulak minah ni.. :P

Ok nak wish ni...

-Semoga panjang umur..
-Semoga dimurahkan rezeki..
-Semoga sihat sentiasa..
-Dan takde hadiah yer pakcik ku.. Dah tua tak boleh hadiah2..




Nota kaki: psstt.. jgn lupe buat makanan sedap tau.. heheh :D

Wednesday, May 30, 2012

Dulu-dulu :)

Assalammualaikum..


Selamat hari Rabu semua. Hee semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. Ngee bermadah helah kata kau yer Yu.. **sengih kerang busuk** Ok2.. Hee :D

Last month aku dok belek2 kat Mr Google. Saje nak cari info2 terkini. Pastu aku tertaip name asrama aku dulu. Aku taip lah "ASRAMA ANAK-ANAK YATIM MISKIN DARUL HIKMAH, GOPENG PERAK".

Hurmm not bad. Banyak gak hasil nye.. Heheh.. Tibe2 aku terase nak klik kat satu link ni. Eh lupe lahh link die ape.. Ngeh2 soriiiii... Takpe2 nanti aku tepek..(Tapi tau lahh bile yerrr... Heee larikkkkkkkkk)

Pastu dgn tak semena2 nye aku ternampak pic ni
.
.
.


Waaa comell sehhh budak2 ni.. Hee nak tau budak3 kat atas ni adik3 aku.. Hee tak sangka boleh terjumpe gambar dorang mase kecik2. And mase ni kitorang dok kat umah anak yatim tu.. Kalo tak silap yang Aris (kiri) baru 5 tahun, Amirul (tengah) 3 tahun & Erin (kanan) 6 tahun.. Hee mase ni aku umur 11 tahun.. Ngee sibuk nak interprame.. Tak tanye punn.. Hahahah takpe lahh.. Saja nak bagi tau.. Dan tak lupe jugakk yang wanita tu adalah penjaga kitorang.. Dia sgt sayang kat adik2 aku.. Sayang sgt3.. Aku jek die tak sayang. Sbb aku kan NOTTI.. Hahha PADAN MUKA >.<

Mase gambar ni di amek tahun 2002. So sekarang dh 2012.. Masing2 dh besar..  

:: AIDA WARINA aka ERIN (16 years) ::

:: AINUL WARIS aka ARIS (15 years) ::

:: AMIRUL AIMAN akak MIRUL (13 years) ::
Aku still sekarang macam rase diorang ni kecik lagi.. Teringat lagi mase aku mandikan dorang. Basuhkan berak dorang, kencing dorang, suapkan dorang. Huuu..Tapi dulu lah waktu dorang kecik2. Gile ape aku nak mandikan dorang yang dh GEDE ni. Dah berbulu mandi ahh sendiri.. Pengsan aku karang kalo nmpak dorang punye TUTTTT.. Hahhaha GELI shiottt.. :P

Ok lah. Nak buat keje kat opis. Kang tak pasal2 kene potong gaji. Hehhe :D

Nota Kaki: RINDU WAKTU DULU2.. :')

Tuesday, May 29, 2012

Ahli Baru

Assalammualaikum..



Hee sekejap jek kan dah hari Selasa? Hurmm mase berlalu begitu pantas.. Umur makin meningkat. Dah nak masuk 21 tahun ni.. Awww.. Mcm tak caye jek.. Hee betol ke aku dh nak 21 ni? Mcm baru smlm aku amek UPSR.. Hahhah menggelabah shiall.. UPSR kununnnn... Cettt :P

Ok2.. Aku dh mula merepek.. Kita balik ke tajuk posting ni. 

Semalam, aku mendpt kabar gumbira.. weeeee *tangan ke atas sambil melompat2*.. Pakcik aku yang  baru2 kawin hujung taun lepas, bakal menjadi seorang ayah.. Bertambah lah adik sedara aku yang sedia ramai ni.  Dan bertambah lah modal duit raya nk kasi kat dorang nanti.. Ishh *muka sedeh*.. Hee ape ni? Dapat adik pun sedeh lagi ke? Ngee takdo2.. Sajo den buek muko cenggini.. Hahhah berspeaking Nogori pulok..

Aku pun tak tau lagi berapa bulan usia kandungan Makcik aku tu. Sbb die pun tak tau lagi. Tanye aku lagi lah tak tau kan. Hee tak dapek loh den nak nolong eh. Hahha ape yang tak tau ni.. *dush dush dush* merepek jek keje ko Yu. Huh. Aku just berdoa semoga Makcik aku sehat2, and baby dlm kandungan tu pun sehat2. Jangan nak penat2 sangat. Jage kandungan tu. Anak sulung mesti teruja. Hehhe mcm aku pulak yg preggy. Cett :P

Harap2 anak dorang comel macam ni 

:: waa comel nyee baby ni.. *muke geram* ::


Nota Kaki: Tak sabar nak ade anak sendiri.. Hahahah mcm dh kawenn :P

Friday, May 25, 2012

Mr. SimSimi :D

Salam Jumat semua....

Hari ini aku bohsannn bangat. Sebab tak tau nak buat ape. Nak buat kerja tak tau nak buat ape kan. Hee so boss tengah takde ni kan, aku amek la peluang keemasan ni nak mengUPDATE blog yang dh berkurun takde POSTING.

Ok. Tengah aku dok gledek2 blog aku ni aku tertengok aku puye side bar ni. My blog list yang aku follow. Ade posting terbaru dari seorang blogger. Yess aku mmg suke bace blog beliau. Cara penulisan nampak mudah dan senang difahami.

Aku pun klik lah kat SINI.

"KLIK"

Waaa mcm best jek.. Aku pun nak try ahh.. Hee :))

Chatting punye chatting sampai la ke tahap ni.. Hahhahah mmg tak boleh blah.. 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


:: JANGAN SALAHKAN KU ::


Ok.. Aku rase mmg kejam. Tapi bukan aku yang buat statement ni. Salahkan Mr. SimSimi. Aku just tanye soalan. Dia yang JAWAB..

Hahhah ok bye. ;D



Note: Rase nak gelak guling2 jek layan si SimSimi ni... :DD

Thursday, May 17, 2012

Novel Terpakai Untuk Dijual:

Harga Asal: RM21.00

Harga Sekarang: RM17.00 (INCLUDE POSTAGE)



Sipnopsis:-

BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah! 

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya


STATUS: AVAILABLE

Berminat? Boleh hubungi saya di ayunie_wahip@yahoo.com. TQ. :)

Wednesday, May 16, 2012

Novel Terpakai Untuk Dijual: Kasih Yang Suci-Meen Zulaikha



Harga Asal: RM19.90
Harga Sekarang: RM15.00 (INCLUDE POSTAGE)


Sinopsis :-

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

STATUS: AVAILABLE

Berminat? Boleh hubungi saya di ayunie_wahip@yahoo.com. TQ :)

Jawapan Bodoh untuk Soalan Bodoh .. :D


Salam korang.. :)

Korang pernah kene soal dgn soalan yang bodoh? Ade rase bengan tak kalo soalan bodoh tu ditanya kat korang? Hee ape jawapan
yang korang bagi kat orang yang bertanya soalan bodoh tuh? Jeng3..

Hee ok lah. Aku ade beberapa soalan berserta jawapan bodohnye sekali utk korang bace ke.. Amek note ke. Hee tok kene kawan
korang yang tanyekan soalan2 yang tak berapa bijak..



Situasi 1:

-Korang baru balik keje/kelas nak masuk rumah ni. Dengan penat2nye. Korang pun dok kat kerusi. Baru nak lepaskan penat ni tibe2 housemate/adik2/abg2/kakak2 korang bertanye..

Soalan Bodoh 1: Hai, penat balik keje/kelas?

Jawapan: Eh tak lah..Tak penat. Saya saje jek ni.. Hehhe (Dalam hati rase nak penampor jekkk yang bertanye tuh.. Tapi kalo mak pak korang
jangan lah yer.. Durharka namenye tuh.. Hehhee v(',')



Situasi 2:

-Korang dalam bilik air.. Dok meneran 'bende' yang tak terkeluar2.. Pastu ade orang ketuk pintu tandas.

Soalan Bodoh 2: Ade orang ke kat dalam?? (Sambil ketuk2 pintu)

Jawapan: Dalam ni tak ade orang... Masuk ler... (Dalam hati dah sumpaha seranah.. Kaco lahh orang tengah amek 'mood')



Situasi 3:

-Korang tengah masak ikan ni.. Sambil masak2 tibe2 membe/kakak/adik datang kat korang.. Sambil dok hidu2 masakan korang..

Soalan Bodoh 3: Emm sedapnye bau.. Ko masak ikan ea?

Jawapan: Tak lahh.. Aku masak ular sawa ni.. Sedap kan bau die? Hee :D




So pernah tak korang berada dlm situasi2 di atas ni? Alaa bukan sebijik pun.. Just sipi2 pun mesti pernah gak kan? 
Hee mesti korang ade rase bengang tahap cipan. Kan? Alaaa ngaku jek. Bukan orang tau pun. Hahahah ;D

Ok lah.. Just 3 situasi ni jek yang aku dapat nak story. Lagi pun 3 situasi ni jugak yg kerap terjadi kat aku. Dan ni juge le yang aku boleh share ngan kome2 ni.

Wassalam.. 

Peace yoooo.. V('_')v

Tuesday, May 15, 2012

14th May 2012

Salam~~

Hee akhirnye hari yang aku tunggu dh berlalu satu hari.. Sori lahh baru nak update.. Alee lambat sehari jek punye... Hehhe poyo shialll! :P

Semalam, iaitu 14.5.2012 genaplah 3 tahun hubungan aku dgn Afiqh. Weee tak sangka dah 3 tahun.. Wei, mcm ko sorang jek ade kapel. Hee takpe lah.. Aku nk luah kan rase gumbira aku ni. >.<

Firstly, aku nak buat ucapan dulu tok En. Afiqh ni..

Ehem.. Ehem.. Ehem..


___________________________________________________________
"Dear Afiqh,

Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup saya 3 tahun lalu. Terima kasih kerana sudi menjadi kekasih hati saya.. Terima kasih kerana awak telah membahagiakan saya. Terima kasih tok segalanya. Saya tak tau nak balas macam mana. 

Yang saya tau saya akan terus mencintai awak sehingga akhir nafas saya. Saya akan terus setia tok awak. Dan saya juga akan try menjadi kekasih terbaik awak. Insya Allah..

Saya berharap hubungan kita ni akan direstui oleh-Nya. Dan saya juga berharap hubungan ni akan kekal hingga jinjang pelamin, anak cucu & akhir hayat kita.

Thanks Afiqh. I luv u so much.. >.< "
___________________________________________________________


Hee mendayu2 tak ucapan aku? Walaupun tak berapa nak best kan.. Tapi aku tulis dgn hari yang ikhlas.. Khas tok kekasih hati saya. Eeeuuuuu ngade taw.. =="

Ok lah.. Just for this yang aku nak curahkan.. Nanti aku cite about our celebration for anniversary semalam.. Hee tak berapa nak best abgi korang kot.. Tapi bagi aku memang kenangan terindah. Hee :D Dah nak sambung buat keje. Nanti boss marah kene potong gaji.. Hehhe ..

Wassalam~~

Wednesday, May 9, 2012

Excited .. v (^.^) v

Salam semua~~ ^,^

Hee semoge hari anda ceria selalu.. Ngeee :D~~ Ishh ape aku ni.. Melalut pulak.. Hari ni aku tersangat happy.. Tak tau lah nak ckp happy pasal ape. Tibe2 hatiku berbunyi riang. Ecehh! Ayat kau mmg tak boleh tahan nokkk.. 

Aku tak sabar tunggu hari itu. Aku mmg betul2 tak sabar dah.. Hari ape yang aku tengah tunggu ea? Hee mesti tertanya2.. Alaa ngaku jekk~ Malu2 pulakk.. Pang karang.. Opppss terlebih sudah.

Hari yang aku tunggu sangat2 tuh ialah hari ulang tahun couple aku dengan si 'dia'. Hee sape si 'dia'? Alaaa orang le.. Takkan monyet pulakk. Wkwkwkwk.. Jangan marah.. >.<

Si 'dia' yang aku maksudkan tuh ialah...........................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tettt! Salah... Eh2 betul2.. Ni die.. Buah hati pengarang jantung saye.. Eeyuuuu! Please lah yu.. Jangan nak buat ayat geli2 ni.. Geliman aku tau.. :p >kesah pulak aku<



:: ada mcm Bruno Mars tak? Ehh takde ea? Mcm Faizal Tahir? Takde juge? Ok2.. ::


Aku tak sabar nak tunggu hari tu.. Bile di ingat2 balik rase mcm tak percaya pulak yang aku dah couple dgn si 'dia' masuk 3 tahun. Eh betul lah.. Tak caye pulakk.. Cepukk kang.. Kalau tak caye usyar kat bawah ni.. My daisypath sticker.. "We have been couple for 2 years, 11 months, 3 weeks & 4 days".. Tak caye jugee? Lantak lahh.. Hahah :DD
.
.
.
.
.


:: berapa hari aje ni... :D ::



Aku ni cakap mcm aku sorang jek ade pakwe kan? Hee tak pe. Bukan selalu pun aku nak luahkan perasan aku kat blog ni.. :D Sedang aku menghitung hari ni la kan.. Aku still lagi tertanya2.. Ape ek hadiah yang aku nak bagi kat si 'dia' ni? Hurmm aku runsing sangat2.. Boleh tak bagi suggestion yang bernas? Aku betul2 buntu. Hanya beberapa hari saja lagi.. 





Note: Huuu please help me~~ :"(

Kenapa? :'(

Bile minta tolog cari akku.. Bile ko senang langsung lupe aku. Yess! Aku bukan sape kau. Just busybody suke ganggu hidup ko. Tapi ak still tak paham perangai ko. Aku dh try tok jage hati kau. Tapi kau? DAMN! 

Ya Allah! Apa lah malang nasib aku ni. Ak ni mmg hidup ditakdirkan tak akan happy. Selalu aje ade dugaan. :( Ada kawan tapi just yang nak ambik kesempatan aje.

Adakah aku ni tak layak untuk merasa bahagia? Adakah aku saje yang boleh merasa derita? Sakit hati ni. Terlalu sakit. 

Ya Allah! Kau tabahkan hati hambamu ini. Kuatkan lah hati ini untuk menghadapi segala dugaan-Mu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa