PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Happy Birthday Boss ^__^

Sannah helwa my Aunty aka my Boss aka my Bankers *sighhhhh*

Semoga panjang umur, murah rezeki, bisnes makin rancak, makin maju. Insya-Allah.



Kalau nak tahu si baju purple tu lah owner/founder GUBAHAN HANTARAN TINAJU.

Mihmih. Malas nak type panjang. Ni jela mampu untuk aku ungkap. Kahhhhh :D

Tuesday, October 28, 2014

[TRIP]: Pulau Redang, Terengganu

Assalammualaikum.

Hee actually travel ke terengganu ni dah lame. Cuti sekolah bulan 3 haritu. Cerita dah basi pun. Aku ni tahap malas nak update blog tak tahu la nak terangkan macam mana.

Kali ni aku ke Pulau Redang dengan family aku. Hampir 20 orang yang follow. Ramai budak-budak. Semua sepupu aku. Hee aku la sepupu yang paling gede.

Kitorang bergerak pada 21.3.2014 jam 10.00 malam macam tu la. Kitorang menaiki bas SANI EXPRESS. Aku saje nak try sani ni. Mula-2 aku ingat ada tv. Sbb aku tengok orang lain naik bas ni ada tv. Aku punya bercerita kat sepupu sepapat aku yang bas ni ada tv. Hee naik-2 tv takde. Turun bas kena bash. Cett tak bersyukur betol budak-budak ni. Bas yang aku ambik ni jenis double dacker. Mula-mula tu aku ingat nak dok kat tingkat atas. Tapi disebabkan ramai pulak keluaga Pak Basri ni semuanya nak dok atas so terpaksa lah aku yang mengalah. Hee kata cucu sulung. Ekeke.

:: selfie sementara tunggu bas :: adik & makcik aku ::
Perjalanan ke Kuala Terengganu hampir makan masa 8 jam. Tapi pakcik drebar tu ada la berenti kat 'r&r' tepi jalan tu. Aku ingat turun-2 dapat la makan sedap-2. Hee tengok macam takda apa je. Aku just minum air teh tarik je. Kasi segar badan. Hehhe. Pakcik drebar tu bag masa 20 minit je utk rehat, buang air kecil besar segala bagai tu. Dah habis 20 minit kitorang pun teruskan perjalanan.

Aku naik bas terus tertidur. Sedar-2 dh sampi kat perhentian bas. Tengok jam dh pukul 6 pagi. Turun dari bas, ambik semua barang dan lepak jap kat stesen bas. Aku tengah fikir macam mana nak pegi ke Jeti tu. Sebabnya apa yang aku baca dari blog-2 lain Jeti tu dekat je dengan stesen bas. Jalan kaki 10 minit dah sampai. Tapi disebabkan pagi tu masih gelap kitorang decided nak tunggu terang sikit. Dalam setengah jam macam tu kitorang tanya la pakcik-2/makcik-2 kat situ macam mana nak ke Jeti. Rupanya memang dekat pun. So kitorang pun teruskan perjalanan ke Jeti.

Sampai jeti, rupanya jeti tak bukak lagi. Dalam pukul 9 macam tu la baru dorang open. So kena lah tunggu lagi. Aku dengan kelaparannya. Hahaha. AKu ni jenis makan pagi. Kalau tak makan pagi akan mengidap penyakit pakinson. Hhaahah tak tau betul ke tidak.

:: sementara pintu gate nak dibuka, kita selfie dulu ::

Hee penat pulak aku nak menaip. Takpe. Nanti tunggu next entry. Aku akan share tempat tinggal, aktiviti kami sepanjang percutian kat Redang tu.

Tungguuuuuu.

Bye. Wassalam







Thursday, May 16, 2013

Pakej Hantaran. Murah-2 !!

Assalammualaikum semua...

Memandangkan cuti sekolah bakal tiba, pasti ramai pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.. Hehhe. Bagi yang masih lagi mencari-cari pakej hantaran yang murah-2 meh datang dekat.



Pakej Hantaran Bajet FRESH FLOWER

7 dulang termasuk SIRIH JUNJUNG hanya RM385.00

9 dulang termasuk SIRIH JUNJUNG hanya RM495.00


Pakej ini juga termasuk:-

1) bekas hantaran (pelbagai koleksi ada)
2) dulang pahar
3) alas dulang
4) aksesori (balang kaca, bekas cincin, bekas cek dll)
5) upah gubah



Contoh gubahan hantaran pakej bajet FRESH FLOWER:-

:: klik untuk pembesaran ::


:: klik untuk pembesaran ::

:: klik untuk pembesaran ::

Pada sesiapa yang berminat boleh klik SINI. Atau korang jugak boleh usyar fb ni.. Klik SINI..

Nota: Pemilihan bunga mengikut citarasa korang. ;)


Wednesday, September 26, 2012

Pencuri !!

Assalammualaikum. Hopefully korang sihat hendak-Nya.

Hmm hari jiwa aku kacau betul. Sakit hati semua ade. Pagi ni aku sefamily ditimpa musibah. Mungkin tak besar mane kot. Tapi bagi kitorang besar jugak lah.

Nak dijadikan cerita, tadi pagi aku bangun pagi macam biase. Kejutkan adik-2 aku tok pegi sekolah. Aku gosok baju sekolah & baju keje aku sekali. Dah siap adik-2 aku macam biase lah dorang mesti mintak duit belanja kat ayah aku.




Hmm tibe-2 adik aku masuk bilik tanye aku ade duit tak. Aku cakap lah takde sebab tak gaji lagi kan. Kalau ade pun kat dlm bank lah. Kena jugak cucuk. Aku tanya lah kenapa. Adik aku pon cakap lah yang duit ayah aku hilang. RM500! Gilerr. RM500? Aku tanya lah ayah letak mane wallet dia. Katenye letak kat bawah bantal. 

Cari punye cari rupenye ade kat ruang tamu. Habis sume isi bersepah. Duit dah takde. Yang tinggal kertas-2 dengan ic ayah aku jek. Ayah aku dh nangis-2. Kate duit tuh nak bayar yuran adik aku. Hmm tah lerr. Kesian kat ayah aku. Nak tuduh sape yang amek pon aku tak tau. Rumah aku tuh memang tak pernah nak lock. Biar jek tertutup macam tuh.

Yela sebelum-2 ni tak pernah pon jadi mcm ni. Kira 1st time jugak lah bende ni terjadi kat family aku. Lepas ni kene lah lock pinti dpn belakang. Aku taknak bende yang lagi buruk terjadi kat family aku. Mungkin ni amaran awal kot. Supaya kitorang lebih carefully.

Nak buat macam mane. Dugaan semua ni. So lepas ni jangan simpan duit banyak-2 kat rumah. Simpan jek dalam bank. Kalau nak guna pun cucuk jek. Biar lah orang nak cakap asik cucuk jek. Habis kalau dah macam ni sape nak tolong kan?

Ok lah. Tuh jek aku nak luahkan. Lega sikit bila dah luahkan macam ni. :) Wassalammm.

Wednesday, September 19, 2012

Raya.... Raya....2012 [Part 2]

Assalammualaikum readers.

Hee nak upkan balik cerite yg dh basi. Raya dah habis baru nk up? Adey masalah jiwa aku ni. Alaaa takdo maso. So tak sompek lah den nak update. Hah kan dh kuor bahaso nogori. Kahkah. Mcm hapo jek ayat aku ni.

Harituh aku ade buat entry pasal raya jugak kan? Tak tau klik SINI. So ni lah kesinambungan cerite raye aku. Mule-2 kenalah layan gambar-2 dulu. Amek mood siket. Haha. Moh kite layan gambar-2 raye aku tahun ni. Cekidauuuuuu.
.
.
.
.
.
.
.

:: peace v(^_^) ::

:: bik ita sefamili ::

:: melahap sebentar ::

:: eh eh eh ade kek lahh ::

:: aku tak paham asal dia buat camtuh =_=" ::

:: taknak besar pulak matenye pun ::

:: peace from Erin & Ira ::

:: potong kek dulu ::

:: sesi bungkus membungkus ::

Actually pic ni aku amek kat FB pakcik aku. So kredit to pakcik aku. Haha mcm lah die bace blog ni. Ekeke.

Mesti korang pelik. Kata pic raye tapi ape pasal ade pic kek-2 segala. Haha. Ni yang aku nak bercerite kat kome-2 ni. Sebenarnye mase ni aku, afiq, erin & famili bik ita datang beraye kat rumah mamang aku. Ala mamang tuh pakcik lah. Kebetulan tarikh mase tu ialah 26 Ogos 2012.

So ape ade dgn 26 Ogos? Hehe korang ni sampai hati. 26 Ogos tuh besday aku lah. Sobsss. :'( Sedeyyy. Besday aku pun tak tahu. 

Cett gedik lah ko Yu. Yupp. 26.8.2012 tuh aku beraye sambil menyambut besday aku yang ke 21. Walawehh dah tua aku. Ishh dah boleh mengudi ni. Tapi sempat lagi ke nak daftar? Haha tetibe pulak kan.

Hee dikesempatan tuh aku pon membelilah sebuah kek. Haha betol ke ayat aku ni. Alaa dh taip pun. Malas nak backspace. Hihi.

Eh aku pun beli lah kek. Sendiri punye besday sendiri beli ka? Sebenarnye Afiq nak belikan kek. Tapi aku taknak. Pastuh die offer pulak. Suruh pilih nak kek ke nak makan. Kalo tanye aku opkos lah aku nak makan. Die tanye nak makan ape. Hehe aku pun request nk pizza hut. Aku gilerr pizza sebenarnye. Tapi disebabkan mahal kekadang jek aku makan.

Mase nak pegi beraye tuh, aku ajak lah sume famili-2 aku yang lain. Yela sekali nak celebrate sesame. Hukhuk tapi ape kan daye. Yang datang hanye sekerat. Hmm takpe lah. :( Janji kek aku habis di baham. Hakhak.

So tuh jek lah story mory raye aku tahun ni. Tahun ni raye aku dikire double joy jugak lah. Yelaa besday di hari raye. Walopon mase tuh dh seminggu raye tapi still ade mood raye lagi kan? Ngee :D

Ok lah. Raye dah habis. Kalo panjang umur boleh lah jumpe lagi raye tahun depan. Hehe :) Daaaa. Wassalam.

Monday, September 10, 2012

Raya....Raya....2012 [Part 1]

Assalammualaikum semua.. Hehe. Hopefully korang-2 ok-2 aje. Hari ni mud saye sgt ok. Selalu kalo isnin jek otak aku blurrrr -_-. Ni tak tau lah jin mane yg masuk dlm badan aku. Tibe-2 harini mud rajin terlebih sudah. Hahaha.

Actually aku nak story mory pasal raye aku. Elehhhh. Dah nak abis raye baru nak cerita ka? Alaaa biar lerrr. Kite nak cerite jek. Taknak bace sudee lee. Kahkah :DD

Ok-2. Cerite raye aku biase-2 jek. Orang lain pakai baju baru aku pun pakai baju baru. Rumah org lain ade kueh raye rumah aku pun ade. Walaupun kueh raye tak lah segempak kueh raye rumah org laen. Tapi ok lah kan. Asalkan berisi balang-2 kat rumah aku tuh. Heee :D

Tahun ni family aku baju bertema wane merah kau. Merah menyala o jantungku. Eh-2 mule lah nak ngarut2. Dah-2 cukup. Tahun ni aku sefamily berbaju raye wane mera. Nasib baek lah kat area rumah aku tuh takde yg bela lembu/kerbau. Kalo tak mmg tak cukup tanah lah aku berlari. Hakhakhak.

Tapi sayangnye aku takde gambar sefamily. Yelaaaa semuanye suke kehulur kehilir. Tak pernah nak sesame. Menci taww :'(


:: ni jek ade. tuh pun si Erin & si Mirul. so korang imagine jek lah aku & yg lain-2 pakai baju wane ni ::
p/s: sile abaikan latarbelakang picture ni :D
:: merah vs biru ::
:: makcik-2 aku yg gojes. walo pic ade gegar cikit hihi ::
:: adek sedare yg comey ::
:: ayish muke stim. kahkah ::
:: peace4nowar from kak lilit ::
:: yg paling lasak. pfffttt ::
:: abg jajung cover macho. ekeke ::
:: walopon rupamu tidakku knl tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaann ::
:: malam raye pertama di umah bik tina ::
:: aku & erin  aka gumuk & kurus ::
:: aku tak paham apehal muke aku cmni -..-::
:: makcik-2 saye lagi :) ::
:: bertiga ^__^ ::
:: bile perut sudah bergendang ::
:: lauk pauk yg sedap from nenek jajung. hmm yummmyy ::
:: tahun pertame raye bersame as wife & husband ::
:: ank sedare aunty wie ::
:: aunty wie & ank sedare beliau ::
:: ape yg lawak sgt pun tak tau lahhhhh ::
:: sibuk jek adek cici ::
:: ak tak puas ati asal gambar ak tak dinampakkan ::
:: model-2 yg tk berape nak 'model' ::
Huu dah layan gambar-2? Tak berape nk 'hot' tapi ok lah untuk buat kenangan. Hehe. 

Mase raye pertame tuh kebetulan haritu besday bik tina aku. Kire double joy lah untuk die. Dah alang-2 die pun buat lah besday tok die sekali. Heheh dh tua-2 pun nak buat jugak. Tak malu. Ekeke. Alaaa takpe. Bukan selalu pun. Hihi. Haritu tak sempat nk wish. Sbb asik pk nak mentekak darah dulu kan. So kat blog ni saye nak ucapkan hepy besday to my aunty yg ke 31. Hehe mude lagi. Kite beza 10 tahun jek. 


:: tiramisu pisang yg sedappp ::

Hii kat atas ni kek besday die. Takde tulis ape-2 pun. Mungkin die sedar yg die dh tua. So tak yah berangan nak tulis 'hepy besday to me'. Hahah ampunnnn makcik. Larikkkkkkkkk.

K lah. Wassalammm ^__^

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Ulang Tahun Pakcik ^-^

Assalammualaikum..

Entry kali ni saye nak buat khas untuk Pakcik saye. Hari ni birthday die. Huuu yeah *excited lebih*! Di kesempatan ini aku nak buat ucapan kat Pakcik aku ni.


To Pakcik,

Pertama sekali saye nak nyayikan satu lagu untuk Mamang.

Ehem ehem..

Satu dua tiga... Testing2..

"Hepy besday 2 U.. Hepy besday 2 U.. Hepy besday, hepy besday, hepy besday 2 U.."



Selamat Hari Lahir Mang yang keeeee (tak ingat lah pulak umur berape). Heheh jangan marah. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Hopefully, impian mamang tahun ni akan menjadi kenyataan. Insya Allah. Nak bagi hadiah tapi memikirkan umur mamang yang dah kertu so dibatalkan saje niat itu. Hahha. Jangan marah ehhh.. Hekhek.. Ok2. Nanti jangan lupe pulak belanje. Janjimu akan ku tuntut. Hakhakhak ;D

Ok bai. Wassalam.. :)

Friday, July 6, 2012

Takziah :"(

Assalammualaikum.

Selamat hari jumaat semua. Hukhuk. Hari ni aku sedih sangat. Tersangat sedih. Tadi pagi aku online FB. Dok usyar2 kat tibe2 aku terbace status pakcik aku ni.

Die tulis:-

"Discharged. Redha dengan ketentuan-Nya"-with Mahsuri @ Pusat Perubatan UKM

Aku terus tersentap. Ape dah jadi ni? Aku mule berfikir bukan2. Jadi ape2 ke kat Makcik aku? Die keguguraN ke? Aku fikir die gugur sbb die kan tengah peknen. Aku pun tanye lah kat Makcik Agustina. "Bik! Bace tak status Mang Cam? Kenape dgn dorang?" Makcik aku pulak mcm rilek jek. Die pun IM lah kat pakcik aku ni. 

Dalam 5 minit mcm tuh, makcik aku bagitau yang Aunty Mahsuri keguguran. Dappp! Aku terus terdiam, kaku dan semuaaaa lah. Biar betul. Tangan aku pun dengan pantasnye menaip sesuatu kat ruang chatting.

Ni lah perbualan chatting antara aku dgn pakcik aku. Aku malas nak taip balik ape yang kitorang conversation. So aku just print screen jek. Jangan jadi isu ekk? Hukkk :'(




Hurm aku harap dorang dapat menerima ujian ni. Allah takkan bagi sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-Nya. Mungkin ade hikmah di sebalik kejadian ni. Banyak2 berdoa yer pakcik & makcik aku. 


Tuesday, June 5, 2012

Tak ku sangka, tak ku duga .. (-_-)"

Assalammualaikum semua~~

Hai korang? Sihat ke? Hopefully hari ni korang sihat & ceria jek ek. Ngee hari ni aku memang gumbira. Yela, lepas lulus semalam senyum aku ni mcm tak nak hilang jek. Hahaha *suke hati*. Oklah. Back to my topic. Aku ni kalo cerite hal semalam memang tak habis. Yela.. Dah lulus kan. Memang suke hati. Gagagaga :DD.

Sabtu haritu, pakcik aku buat makan-makan. Sempena birthday dia tu lah. Ehh ape salahnye dah tua2 buat birthday. Just tok bagi sedare2 makan. Aku bab makan memang laju. *senyum kambing*

Okeys. Sebenarnye bukan hal makan2 tu aku nak cerita. Tapi aku nak cerite pasal insiden yang telah berlaku ketika habis jamuan makan-makan tuh. Dah habis makan, tolong2 ape yang patut aku pun mintak diri nak balik. Yela hari pun sudah jauh malam. Adik2 aku semua dah mengantuk. Aku pun apetah lagi. Dengan perut yang kekenyangan kalau di sorong bantal kompom terlelap. Hahahaha.

Bila aku dh minta diri tu, aku pun terus blah menuruni lif. Aku & Afiqh pun pergi lah ke kereta. Hurm dah sampai kt kereta parking, aku tengok ade satu kereta block kitorang. Aku nak tolak tak boleh. Pastu ade sorang brother ni yg park kat sebelah kitorang pun nak keluar jugak. Die pun tolong tolak. Tolak2 tak boleh. Bile tengok dalam rupenye owner kereta tersebut pi tarik hand break die. Mengamuk lah brother tuh. Aku rilex lagi. Tapi brother tuh dah maki2. Aku malas nak tulis ayat tersebut sebab tidak sesuai untuk dibaca bagi budak2 di bawah umur (bajet dorang nak bace blog ko ni je).

Lepas tu, member brother ni terperasan. Eh, die tinggalkan number phone lah. Member ni pun suruh brother ni call. Brother tuh dengan mulutnye membebel pun mendail number tersebut. Call punye call tak dapat. Brother tu ppun dah angin. Dia cakap kalau 3 kali dia call tak pick up, memang pecah kereta orang ni. Aku dalam hati berkate "Eh, buat ape nak 3 kali. Sekali cukup lah." Jahat sial aku ni. Tapi aku memang tak sabar nak tengok cermin kereta tersebut pecah. Hee nak tengok lah mcm mane rupenye nanti. Sebab selame ni dok dengar cermin kereta pecah jek. Ni dah nak ade depan mate. Memang cuci mate la jawabnye.

Yang member brother ni pulak punye la penyabar. Boleh plak dia mintak 10 kali. Aishhh.. Aku tak boleh tahan. Nak tengok jugak dorang pecah cermin tuh. Brother tu minta Afiq pecah sebelah die pecah sebelah. Afiq tuh on jek. Dia pun memang suka pecah2 ni. Hahahha *gelak jahat*. After few minutes, aku ternampak makcik aku. (Bini mang Jun aku). Datang dengan kakak, adik & anak2 die. Jalan ke kereta tersebut. Eh2. Aku dalam hati tak sedap hati.

Tutt tutt tutt.. Alamakkk. Kereta dorang ke? Ya Allah. Tak sangka betul yang tu kereta dorang. Nasib baik lah tak pecahkan lagi. Aku yang punye tak sabar tadi nak tengok cermin kereta tu pecah dah rase tak sedap hari. Afiq pulak dok tepuk dahi. Aku dah hilang kate2. Datang2 makcik aku tu terus brother tu sound. Alahai kesian nye. Aku tak boleh nak cakap ape. Sebab tadi aku yang beriye sangat nak tengok cermin kereta tu pecah. Sumpah aku cakap. Kalau aku tau yang tu kereta dorang aku dah tolong defence. Tapi nak wat macam mane. Aku pun tak cam kereta tu.

Dah keluar kereta, kami pun blah. Dalam kereta aku ngan Afiq gelak2 jek. 

Afiq: Cer kamu bayangkan kalau tadi kitorang jadi pecahkan kereta tuh. Pastu, dok best2 pecah cermin tu tibe2 makcik kamu datang. Tak haru ke jadinye. Adoyai..

Aku: Hahah orang lagi best. Tak menyabar nak tengok cermin tuh pecah. Tak tau yang kereta tu sedare sendri punye. Hahhaha..

Still hari ni aku kalau teringat peristiwa tu mesti aku senyum sorang2. Kepada makcik saye tuh. Sori tak dapat bekap makcik. Saye memang tak tahu yang tu kereta makcik. Sia2 jek kene sound dgn brother tu ea? Sabar ek makcik.. (^.^)v



Nota kaki: :D

Monday, June 4, 2012

Alhamdulillah.. (^.^)

Assalammualaikum semua. (^_^)v

Hai.. Selamat menempuh hari isnin kembali. Hee sekarang memang terase cepat betul mase berlalu. Huu dah 4 Jun weh.. Adoyai..

Ok2. Tadi aku ade test JPJ. Memang neves gile lah aku kate kat korang. Sape2 yang pernah amek test ni mesti korang dpt rase mcm mane yang aku rase ni. Kan3? Yang tak tahu pi daftar masuk sekolah memandu. Nanti hari ujian korang tau lah langit tu tinggi ke rendah. *menggelabah*

Tadi tu aku test untuk kereta bahagian dua. Before ni aku dh test pun. Tapi lulus kat jalan raya jek. Bahagian litar aku failed. Cett ni semua salah JPJ. Sebab dorang tak nak bagi aku lulus. Hahah *gelak jahat*. Ok2 back to topic. Pagi tadi memang ramai jugak yang amek test. Aku dari kul 7.30 terpacak kat situ. Eh mesti. Kata student terbaik. Kene jage tatatertib. Hahha.

Hurm tunggu punye tunggu akhirnye sampai la ke giliran aku. Lame jugak. Dalam pukul 10 lebih camtu baru sampai number aku. Takpe. Sabar kan separuh daripada iman. *tazkirah jap*.

Nak masuk dlam kereta ni. Pehh kaki aku sejuk gile. Time tu jugak lah aku nak terberak, terkencing, terkentut. Opss terlebih sudah. Hahha :D. Tapi aku tahan jek lah. Gile kau aku nak buang bende tu time aku punye giliran. Kang tak pasal failed lagi aku. Kang kene tambah duit lagi.

Dengan kaimah Bimillahhirrohmanirrohim. Aku pun tekan clutch, masuk gear & gerak ke dpan. Nak naik bukit. (Mase aku failed tuh dkt bukit ni lah. Jahat tau bukit ni.) Dh berhenti kat garisan kuning tuh, JPJ tester suh gerak kuar. Aku pun berdoa2 sambil tekan clutch, masuk gear satu, tekan minyak, lepas clutch perlahan2 sampai berdencut, tekan minyak lagi, lepas clutch lagi, minyak lagi & then lepaskan hand break.

Fuhhh! Lepas kau. Aku rase mcm nak lompat2 jek dalam kereta tuh. Memang hepy giler lah. Terus aku ucap alhamdulillah. Memang tersangat hepy lah.. Dah lepas satu hal, aku terus ke side parking & 3 pointers. (Dua bende takde masalah. So boleh lepas lah). Dah hantar kereta ke tempat asal, aku pun amek borang aku kat En. JPJ. (hee suke suki tukar name orang).

Dah amek tuh kene pegi buat pengesahan kat bilik JPJ. Yela kalau tak buat pengesahan nnt ko tak dpt lesen. Lalu aku pun dgn tersenyum sumbingnya memberi borang aku kat pegawai yang bertugas.

Masw aku bagi tu, en. Pegawai mcm pelik jek tengok borang aku. Die suruh aku duduk dulu. After few minutes, salah sorang En. Pegawai panggil name aku.
"Sape ni Azreen Wahyunie?" Lalu aku pun bangun. "Eh, dik. Saya rase awak tak lulus 100% ni." Aku rase dunia ni mcm dh pecah. Biar betik betol. Tadi aku buat ujian tu ape kejadahnye. "Kenapa pulak En? Tadi saye dh buat lah. Takde ape2 masalah pun." "Ni borang awak tak cakap pun dah lulus. Cer awak pegi kat pegawai yang bertugas tadi. Tanye status awak ni." Aku dengan muke bengkek terus mengambil langkah. Tak gune punye En. JPJ. Ade ke patut die tak tande aku punye. (tapi salah aku juge. sbb tak check dulu). Aku pun jumpe lah En. JPJ td. "Nape ni dik?" Eh orang tua ni. Boleh tanye kenapa. "Hurm, En. tak sign pun borang ni." "Laa yeke.. Sian awak kene jalan jauh2 ek. Patut awak amek teksi tadi." Cett tau pun En. Penat tau ulang alik ni. (sebenarnye tak jauh mane pun. gelabah jek tu).

Dah sign tu, aku pun balik ke bilik JPJ tadi. "Hurmm beul ke awak amek ujian ni? Ke awak men suruh sign jek?" Cett aku punye bersusah payah tadi boleh pulak En. Pegawai ckp aku tak amek. "Eh, amek lah En. Penat tau saye."

Tengok borang. LULUS. Yeaaaa!! V(^_^)V Gumbira rase hati ini. Dan kakak kat sekolah pandu tu cakap kamis ni kalo takde aral dh boleh pegang lesen 'P'. Yehaaa... Memang tu yang aku tunggu2 sebenarnye.

:: senyuman bahagia ::


Hee aku amat bersyukur sebab Dia telah melancarkan segala perjalanan aku tadi. And aku nak ucapkan terima kasih pada cikgu2 yang mengajar aku memandu sampai dah LULUS (sje nak buat caps lock) ni. Dan tak lupe juge family aku, kawan2 aku En. Afiq aku. Yang menyokong aku, memberi semangat kepada aku. Thanks guys. I appreciated u all. Love u.. Muaxxx.. (^.^) Wassalam..

Nota kaki: Hee tak sabar nak beli kereta pulak.. 

Thursday, May 31, 2012

Selamat Ulang Tahun Pakcik .. (^_^) v

Assalammualaikum WBT.

Nak nyayi jap..

Happy birthday to U..
Happy birthday to U..
Happy birthday happy birthday happy birthday to U....

:: For U Mamang ::

Hee hari ni 31.5.2012 seorang pakcik saya menyambut ulang tahun. Dah tuoo pak cik den ni. Eh opkos ah tua dah nama pun pakcik. Ngee meloyarburuk pulak minah ni.. :P

Ok nak wish ni...

-Semoga panjang umur..
-Semoga dimurahkan rezeki..
-Semoga sihat sentiasa..
-Dan takde hadiah yer pakcik ku.. Dah tua tak boleh hadiah2..




Nota kaki: psstt.. jgn lupe buat makanan sedap tau.. heheh :D

Wednesday, May 30, 2012

Dulu-dulu :)

Assalammualaikum..


Selamat hari Rabu semua. Hee semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. Ngee bermadah helah kata kau yer Yu.. **sengih kerang busuk** Ok2.. Hee :D

Last month aku dok belek2 kat Mr Google. Saje nak cari info2 terkini. Pastu aku tertaip name asrama aku dulu. Aku taip lah "ASRAMA ANAK-ANAK YATIM MISKIN DARUL HIKMAH, GOPENG PERAK".

Hurmm not bad. Banyak gak hasil nye.. Heheh.. Tibe2 aku terase nak klik kat satu link ni. Eh lupe lahh link die ape.. Ngeh2 soriiiii... Takpe2 nanti aku tepek..(Tapi tau lahh bile yerrr... Heee larikkkkkkkkk)

Pastu dgn tak semena2 nye aku ternampak pic ni
.
.
.


Waaa comell sehhh budak2 ni.. Hee nak tau budak3 kat atas ni adik3 aku.. Hee tak sangka boleh terjumpe gambar dorang mase kecik2. And mase ni kitorang dok kat umah anak yatim tu.. Kalo tak silap yang Aris (kiri) baru 5 tahun, Amirul (tengah) 3 tahun & Erin (kanan) 6 tahun.. Hee mase ni aku umur 11 tahun.. Ngee sibuk nak interprame.. Tak tanye punn.. Hahahah takpe lahh.. Saja nak bagi tau.. Dan tak lupe jugakk yang wanita tu adalah penjaga kitorang.. Dia sgt sayang kat adik2 aku.. Sayang sgt3.. Aku jek die tak sayang. Sbb aku kan NOTTI.. Hahha PADAN MUKA >.<

Mase gambar ni di amek tahun 2002. So sekarang dh 2012.. Masing2 dh besar..  

:: AIDA WARINA aka ERIN (16 years) ::

:: AINUL WARIS aka ARIS (15 years) ::

:: AMIRUL AIMAN akak MIRUL (13 years) ::
Aku still sekarang macam rase diorang ni kecik lagi.. Teringat lagi mase aku mandikan dorang. Basuhkan berak dorang, kencing dorang, suapkan dorang. Huuu..Tapi dulu lah waktu dorang kecik2. Gile ape aku nak mandikan dorang yang dh GEDE ni. Dah berbulu mandi ahh sendiri.. Pengsan aku karang kalo nmpak dorang punye TUTTTT.. Hahhaha GELI shiottt.. :P

Ok lah. Nak buat keje kat opis. Kang tak pasal2 kene potong gaji. Hehhe :D

Nota Kaki: RINDU WAKTU DULU2.. :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa