Assalammualaikum.
Hee actually travel ke terengganu ni dah lame. Cuti sekolah bulan 3 haritu. Cerita dah basi pun. Aku ni tahap malas nak update blog tak tahu la nak terangkan macam mana.
Kali ni aku ke Pulau Redang dengan family aku. Hampir 20 orang yang follow. Ramai budak-budak. Semua sepupu aku. Hee aku la sepupu yang paling gede.
Kitorang bergerak pada 21.3.2014 jam 10.00 malam macam tu la. Kitorang menaiki bas SANI EXPRESS. Aku saje nak try sani ni. Mula-2 aku ingat ada tv. Sbb aku tengok orang lain naik bas ni ada tv. Aku punya bercerita kat sepupu sepapat aku yang bas ni ada tv. Hee naik-2 tv takde. Turun bas kena bash. Cett tak bersyukur betol budak-budak ni. Bas yang aku ambik ni jenis double dacker. Mula-mula tu aku ingat nak dok kat tingkat atas. Tapi disebabkan ramai pulak keluaga Pak Basri ni semuanya nak dok atas so terpaksa lah aku yang mengalah. Hee kata cucu sulung. Ekeke.
:: selfie sementara tunggu bas :: adik & makcik aku :: |
Perjalanan ke Kuala Terengganu hampir makan masa 8 jam. Tapi pakcik drebar tu ada la berenti kat 'r&r' tepi jalan tu. Aku ingat turun-2 dapat la makan sedap-2. Hee tengok macam takda apa je. Aku just minum air teh tarik je. Kasi segar badan. Hehhe. Pakcik drebar tu bag masa 20 minit je utk rehat, buang air kecil besar segala bagai tu. Dah habis 20 minit kitorang pun teruskan perjalanan.
Aku naik bas terus tertidur. Sedar-2 dh sampi kat perhentian bas. Tengok jam dh pukul 6 pagi. Turun dari bas, ambik semua barang dan lepak jap kat stesen bas. Aku tengah fikir macam mana nak pegi ke Jeti tu. Sebabnya apa yang aku baca dari blog-2 lain Jeti tu dekat je dengan stesen bas. Jalan kaki 10 minit dah sampai. Tapi disebabkan pagi tu masih gelap kitorang decided nak tunggu terang sikit. Dalam setengah jam macam tu kitorang tanya la pakcik-2/makcik-2 kat situ macam mana nak ke Jeti. Rupanya memang dekat pun. So kitorang pun teruskan perjalanan ke Jeti.
Sampai jeti, rupanya jeti tak bukak lagi. Dalam pukul 9 macam tu la baru dorang open. So kena lah tunggu lagi. Aku dengan kelaparannya. Hahaha. AKu ni jenis makan pagi. Kalau tak makan pagi akan mengidap penyakit pakinson. Hhaahah tak tau betul ke tidak.
:: sementara pintu gate nak dibuka, kita selfie dulu :: |
Hee penat pulak aku nak menaip. Takpe. Nanti tunggu next entry. Aku akan share tempat tinggal, aktiviti kami sepanjang percutian kat Redang tu.
Tungguuuuuu.
Bye. Wassalam
No comments:
Post a Comment
Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v