PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, November 30, 2011

Romantika de Amorrr :)

Tadi mase bukak FB, tenampak satu link ni. 'Kejutan Zahiril Buat Shera Menangis'. Terus tangan ni gatal nak klik kat link tuh. 

Lalu aku pon membace isi kandungan tersebut.....

"Huu~~ Syahdunye.. :') Romantik betol lah Si Daim nih (watak Zahiril dlm Juvana) .. Bestnye dpt laki mcm die."  Hee nape?? Ape yg romantiknye??

Hah!! Korang mesti tau kan yang Si Daim ni dh jadi laki orang iaitu Sheera Ayub. Baru2 nih kat majlis resepsi dorang, si Daim buat satu kejutan utk isteri kesayangan die. Die bacekan puisi smbil diiringi lagu "Dirimu Satu" nyanyian band Ungu.

Korang bace lah puisi die ni ea. Aku copy paste dari sini. Korang bace dan hayati setiap bait2 ayat die okey. Eccehhh. :P







Puisi Zahiril buat Sheera:-
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Waa romantik kan ayat die?? BF korang ade tak bagi puisi2 mcm nih? :) Aku doakan dorang bahagia hingga ke akhir hayat. Dan semoga dorang sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T.
Aminnn~~ :D

Kak Ogy nak saman Johan??

Credit to rotikaya

Bercakap tentang isu saman, kami sendiri boleh naik bulu roma. Maklumlah, hampir jadi mangsa saman emosi. Heh.

Isu ini kami hidu Khamis yang lalu sebelum kami berjaya dapatkan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) untuk pengesahan tindakan beliau untuk membuka fail saman.

Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di Festival Filem Malaysia ke 24.

Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.

Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.

“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.

“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”

Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.

“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.

Ogy turut meminta Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan.

10 Rekabentuk Bangunan yg Awesome tapi FAILED

1-Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City


Hotel Attraction mahu dijadikan bangunan tertinggi di New York pada masa itu. Direkabentuk oleh Antoni Gaudi, tingginya adalah 360 meter,dikatakan agak mustahil untuk dibina pada zaman tersebut,




2-The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois 





The Illinois dikatakan akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diimpikan oleh Frank Lloyd Wright. 
Wright percaya bahawa bangunan ini mungkin dibuat, pada waktu itu. Rekaannya terdiri dari 528 tingkat, dengan luas 18,46 kaki persegi. Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu kurang, dan terhadnya lift (elevator) yang diperlukan. Faktor itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini.





3-Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England




Walaupun banyak orang yang menganggap kalau Fourth Grace adalah proposal terburuk, Arkitek Will Alsop memenangi penghargaan rekaan untuk projek yang dinamakannya “The Cloud” ini. Projek ini diberhentikan kerana masalah dana yang besar untuk membina design spiral yang mahal. Fourth Grace direka untuk pejabat, 107 bilik hotel, dan 50000 kemudahan termasuk bar, restauran, dan galeri




4-Beacon of Progress Designed around 1891 for Chicago Illinois



Rancangannya adalah sebuah menara batu setinggi 457 meter di Jackson Park, Chicago. Rekabentuk yang memenangi penghargaan ini dikemukakan oleh Professor MIT Désiré Despradelle, seorang Prancis. Jika ada lebih banyak sokongan dana, bangunan ini boleh menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia pada masa itu





5-Ville Contemporaine Designed in 1922 for Paris France



The Ville Contemporaine mahu dijadikan tempat tinggal bagi 3 juta penduduk. Ville ini dikemukakan oleh arkitek Swiss-Prancis Le Corbusier. Bahagian tengah bangunan ini dirancang adalah sejumlah bangunan pencakar langit 60 tingkat yang dibina dengan logam simen dan ditutupi oleh dinding kaca. Digunakan untuk pejabat dan apartmen. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.



6-Tatlin’s Tower Designed around 1917 for St. Petersburg Russia




Tatlin’s Tower sekira jadi dibina, akan menjadikan Eiffel Tower dikenali. Rancangannya, bangunan ini diperbuat dari besi, kaca, dan simen. Menara ini mahu dijadikan simbol permodenan. Bentuk utama menara ini adalah twin helix yang naik secara lilitan sehingga tinggi 400m, dimana orang-orang boleh naik ke atas, melalui jalur itu.




7-Shimizu Mega-City Pyramid Designed in 2004 for Tokyo Japan 




The Shimizu Mega-City Pyramid adalah sebuah piramid buatan terbesar di Tokyo Bay, Jepun. Struktur itu 12 kali lebih tinggi dari Piramid Giza, dan mampu menampung 750.000 manusia. Ini akan menjadi hasil binaan manusia yang terbesar sepanjang sejarah. Piramid ini sebenarnya dibina dengan 55 piramid yang lebih kecil dan saling digabung. Masing-masing piramid kecil ini besarnya setara dengan Luxor Hotel di Las Vegas. Alasan projek ini tak boleh dibina adalah kerana rekaan mega piramid ini tergantung akan material canggih yang ringan namun sungguh kuat, yang pada masa itu masih belum ada.



8-Volkshalle (The Great Dome) Designed around 1930 for Berlin Germany



The Volkshalle (People’s Hall) adalah sebuah bangunan monumen yang dirancang oleh Adolf Hitler dan arkiteknya Albert Speer. Ia mahu dijadikan  bangunan paling impresif dan penting di Berlin, sebagai tanda kehebatan Hitler. Bangunan ini tidak jadi dibina kerana perang.



9-Palace of Soviets Designed in 1933 for Moscow Soviet Union


Jika Palace of Soviets jadi dibina, ia akan menjadi struktur tertinggi di dunia. Konstruksi yang dipelopori oleh Boris Iofan’s ini sebenarnya sudah dimulai di tahun 1937 dan diberhentikan kerana invasi Jerman pada tahun 1942 



10-Ultima Tower Designed in 1991 for San Francisco California



Rekabentuk ini nampaknya sungguh tidak mungkin (lihat saja ilustrasi projeknya diatas), tapi sebaliknya, sangat kukuh jika boleh dibina. Arkitek Eugene Tsui mendapat idea bangunan ini semasa belajar di San Fransisco. Struktur ini akan menggunakan tenaga hasil konversi tenaga atmosferik dengan cara mengubah tenaga yang dihasilkan perbezaan tekanan udara dari atas dan bawah bangunan ini menjadi tenaga elektrik. Bangunan ini mempunyai 500 lantai (2 mil tingginya) dan diharapkan menjadi tempat tinggal sekitar 1 juta penduduk.

Pre-Wedding tuh HARAM

JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

"Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya. 

Lirik Lagu-Heartless by Dia Frampton

[Chorus]
In the night, I hear ‘em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?
[Verse 1]
How could you be so, cold as the winter wind when it breeze, yo
Just remember that you talkin’ to me though
You know need to watch the way you talkin’ to me, yo
I mean after all the things that we’ve been through
I mean after all the things we got into
Hey yo, I know of some things that you ain’t told me
Hey yo, I did some things but that’s the old me
And now you wanna get me back and you gon’ show me
So you walk around like you don’t know me
You got a new friend, well I got homies
But in the end it’s still so lonely
[Chorus]
In the night, I hear ‘em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?
http://www.hotnewsonglyrics.com/dia-frampton-heartless-lyrics.html
[Verse 2]
How could be so Dr. Evil, you bringin’ out a side of me that I dont know..
I decided we weren’t gon’ speak so
Why we up 3 A.M. on the phone
Why does she be so mad at me fo’
Homie I dont know, she’s hot and cold
I won’t stop, I won’t mess my groove up
‘Cause I already know how this thing go
You run and tell your friends that you’re leaving me
They say that they don’t see what you see in me
You wait a couple months then you gon’ see
You’ll never find nobody better than me
[Chorus]
In the night, I hear ‘em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?
[Verse 3]
Talkin’, talkin’, talkin’, talk
Baby let’s just knock it off
They don’t know what we been through
They don’t know ’bout me and you
So I got something new to see
And you just gon’ keep hatin’ me
And we just gon’ be enemies
I know you can’t believe
I could just leave it wrong
And you can’t make it right
I’m gon’ take off tonight
Into the night…
[Chorus]
In the night, I hear ‘em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?

Dia Frampton – Heartless Lyrics

Tuesday, November 29, 2011

Heartless- Dia Frampton Cover (lyrics)

Ok.. Aku ade dlm satu entri (sini), ade cakap nak upload klip video Heartless by Dia Frampton kan?? Hee jom layan. Just klik  sini jek.. Kite layan same2 ea... 

Aku nak upload kat sini tapi tah ape probnye. Nyampah den. Layan jek lah kat youtube tuh. Aku dh link kan. So just klik jekk.. Heheheh :D

 :: Dia Frampton ::

Note: Berusaha untuk menjadi yg terbaekk!! :)


Arabian Food :)

Salam. Hai!! Hee kat sini kite nak buat entri pasal makanan Arab plak. Tadi pagi masuk2 opiz jek terus sign in email kite. Tibe2 tuh terbace lah satu email nih. From Groupon.my. Tau ke Groupon tuh ape? Alaa groupon ni mcm kedai online. Yg suggest kat korang semua pakej2 yg murah giler.... Mcm spa, travelling, makanan, perkihidmatan & lain2 lah. Kalo korang nak tahu lebih lanjut pasal Groupon nih korang klik sini. Macam2 ade kat situ. Dan aku jamin lahh memang terbaekkkk!! :)

Hee sebenarnye aku nak cerite pasal pakej yg dorang email kat aku tuh. Dorang bg pakej makanan arab. Waa mcm taw2 plak Groupon ni yer.. Aku mmg mengidam nak makan makanan Arab nih. Ngee~~ Makan jek ko ayu. Aishh mcm mane tak gumuk. :P

Ok! Yang 1st aku nak korang tgk gambar kat bawah nih

:: waa!! tak bleh tahan ko harge die.. dari RM153.10 hanye RM17.50 jek sorang di charge. Hee yg RM35.00 tuh harge untuk 2 orang. Sesuai sgtlah bg yg berkapel2 tuh.. (mcm aku :P) ::


:: yang ni pulak pakej makanan yg dorang tawarkan. Kire berbaloi lah kan? Ingat murah ke makanan Arab nih. Yang utama tuh korang pilih lah salah satu. And yg lain2 kat bawah tuh semua sudah termasuk dalam pakej die... ::
 

:: Hah! Kat gmbar ni boleh lahh tgk alamat die kat mane. Satu kat belakang Pavillion jek. Satu lagi kat Johor. Huu senang jek nak cari tempat die. Kan3?? So ape lagi.. Moh kite serbu kedai ni ramai2 yerr... ::


Kedai ni mmg betol2 strategik lahh bagi aku. Lagi satu, kedai nih pernah masuk rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan". Kalau tak percaya search lahh kat google tuh. Huu korang tgk makanan kat gambar tuh mesti terliur kan?? Hehehe ape lagi. 


Note: Aishh!! Den plak yg lapor... :P

Sape minat Dia Frampton?? :)

Hee tau ke sape Dia Frampton tuh?? Sape tahu tuh give me five.! Hhahaa yg tak tahu jgn dok risau lah..  Aku buat entri ni pon sbb nak cerite tntang Dia nih. :)

Dia nih asal dari St.George, Utah. Tak tahu ape?? Hahh pegi search kat Google tuh. Baru berumur 23tahun(2011). Dia nih kire artis realti jugak. Program realiti TV "The Voice". Tahu kan?? Ala yg kat AXN 701 tuh. Tak tahu takpe lahh. Aku suke die nih dari mule2 die di uji bakat. Die naik atas pentas and nyanyi lagu feveret aku juge. :) Lagu Bubbly nyanyian Colbie Caillat. 

:: Hahh mase nih lahh rupe Dia waktu ujibakat. :) ::

Sistem "The Voice" ni mentor kena belakangkan tempat duduk dorang. And dorang akan pilih peserta yg terbaek bagi dorang utk di masukkan ke dalam kumpulan masing2. Kira dorang tak akan tahu lahh muke penyanyi ni cun ke tak. Mentor-mentor "The Voice" ni terdiri daripada Adam Maroon 5, Cee Loo, Christina Aguilera & Blake Shelton

Mase Si Dia nih nyanyi, Blake Shelton awal2 dh tekan punat butang "I Want You"(butang yang akan menentukan peserta dipilih atau tak).. Hahha after 2-3 minutes mcm tuh Si Cee Loo plak yg tekan. Abis jek Si Dia ni nyanyi, dorang berdua tuh (Blake & Cee Loo) pon membuat ayat utk memujuk Si Dia ni follow group dorang.

Ambek mase yg lame jugak lah Si Dia nih dok pikir2.. Akhirnye die pilih Si Hensem iaitu Blake Shelton. Hensem ke die tuh?? Tgk gambar die kat bwh nih:---

:: hahh hensem tak laki kite nih?? heee gatai... >,< ::

Huu gumbira tak terkata Si Blake ni bile Dia pilih die. Yawww!  Ok2 balik pade Si Dia. Lepas tuh, berminggu2 di "The Voice" tu akhirnye final tibe. Aku tak sangka si Dia nih dpt masuk final. And tak sangka ramai jugakk peminat die. (Termasuk aku) Heheheh :)

Hanya empat orang jek yang dapat masuk final dan masing2 mewakili setiap satu para mentor. Keempat-empat tersebut ialah Dia Frampton (Blake Shelton), Beverly McClellan (Christina Aguilera), Javier Colon (Adam Maroon 5) and Vicci Martine (Cee Loo). 

Akhirnya, The Voice musim pertama di menangi oleh Javier Colon(bangga lah Si Adam ni). Dan tempat kedua dimenangi oleh........ Jeng, jeng.. Dia Frampton.. Yippi!!! Kebabom.. I love you Dia. Muax ^.^


:: Alooo comey2 nye Si Dia ni kan.. :) ::

Huu paling suke bile Dia nyanyi lagu 'Heartless'. Tahu kan lagu tuh?? Tak tahu?? aishh ni nak mara ni.. Hehehe.. Nanti aku upload lahh lagu tuh. Khas tok yg bace blog aku nih.. Hurmm :) Ok tuh jek nak cerite. Den tak pandai cerite sebenarnye. Heheh ok. Salam :)

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalammualaikum W.T.B

Esok kite semue akan menyambut Tahun Baru Islam. Hurmm tau ke Tahun Baru ISlam tuhh ape? Hahah mesti tau kan kalo yg Islam tuh.. Kite ni kalo tahun Islam msti tak tahu. Cube kalo New Year Masihi sume taw. Celebrate pon secare besar2an. Kadang2 tuh ade juge yg tak tahu tahun Islam ke berape yg kite dh tempuhi. Hurmm tak sume lah.. Segelintir saje. Lagi2 budak2 sekarang nih. Alaa remaja yg baru nak hot tuh..
Okey lahh. Malas nak cerite panjang. Kat bawah nih aku list kan senarai kemuliaan Maal Hijrah ni. Ape manfaatnye kpd kite semua,. Bace dan hayati yerr.. :)



Pengertian AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting :-

* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku :-

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

*Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

* Hari pertama Allah menciptakan alam.

* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

* Hari pertama Allah menurunkan hujan.

* Allah menjadikan 'Arasy.

* Allah menjadikan Luh Mahfuz.

* Allah menjadikan alam.

* Allah menjadikan Malaikat Jibril.

* Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa Akhir Tahun 

Doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Note: Ape azam tahun baru ni yerr?? :)

Friday, November 25, 2011

kawan2 ..:)

Haha tibe2 nak buat entri pasal kawan plak.. Huu tak dinafikan aku ni ramai kawan sebenarnye. Ada kawan rapat, ade kawan biase, ade kawan gitu2, ade kawan yg name jek kawan tp mcm tak moh berkawan dgn aku. Hee :D

Aku suke berkawan sebenarnye. Mmg suke. Tapi tuh lah. Kalo aku jek yg suke tak gune jugak kan kalo dorang tak suke nak kwn dgn aku.. Hurmm =='

Ok lahh.. Aku nak cerite satu persatu pasal kawan aku. Kite mule ea~~


Name die Afifah Ismail. She is my BFF. Aku pgl die Coco. Msti Pelik nape name Afifah tapi panggil Coco?? Aku pon tak tahu. Walaupun die my BFF, perkare tuh jek yg aku tak tau. Dia jek kawan yg memahami aku. Walaupun die mude 3 tahun dari aku tapi perwatakan & pemikiran die mmg matured lah..


Ok. Yang nih palk Nur Farrah & Nur Fanirah. AKu just panggil dorang nih Teh & Kak Long. Yang Kak Long tuh sbb die tue setaun dgn aku. Huu dulu aku dgn dorang nih tak ngam. Tak bertegur sape langsung. Sekarang nih mcm2 dh. Ade jek bende nak di sembang. Lagi2 Si Teh tuh.. Otak giler2. Masuk air jek.. Hahahah dorang nih kawan2 aku mase kat Asrama dulu. Sekali lah dgn Si Coco tuh. Hee :)


yang sebelah kanan tuh name die Tengku Nor Wahyu. Kami panggil die Wahyu. Sbnrnye nick name die Ayu. Tapi disebabkan kat Asrama tu ade name Ayu(aku lah tuh), so kitorang panggil jek die Wahyu. Ok what name wahyu. Die ni mmg ade keturunan Raja sbb tuh pangkal name die ade Tengku. Tapi tah lahh.. Mcm mane tah die boleh sesat kat Asrama tuh.. Heheheh :) Die nih sekarang umur die 16tahun. Fuhh umur tinggi tapi badan tak juge tinggi2. Ngeee ~~

 
Hee yang nih name die Darmawati Syapie. One of my close friend. Aku pgl die Arma jek. Die ni manis orgnye. Baik juge~~ Dulu mase aku Form 5 die Form 3, kami selalu together. Huu sekolah pon same2 kan. Aku dgn die beza 2 tahun jekk.. Yup!! Member2 aku ramai yg mude dri aku. Tapi berkawan tak kire umor kan?? So tak kesah lah.. Tapi Arma ni mmg matured ahh. Mcm Coco juge~~ :)


Hahah yang si laki2 tuh name die Muhammad Ayrullnizam. Aku panggil die Nizam. Budak ni mmg rapat dgn aku. Dari dulu sampai sekarang. Sekarang ni pun dok dgn aku jek.. Keje kat area rumah aku. Die nih dari keluarge yg problem siket.. Hurmm panjang kisah die ni sebenarnye.. Heheheh :) Tapi malas nak tulis panjang2.


Ok.. Kite kembali kpd kenangan skolah2 yerr ;) Huu yg ni mmbe2 kelas aku. Kat belakang dari kiri tuh name die Razlyana sebelah die yg mcm Arab tuh Nur Farrah yg duduk kiri tuh ofkos lahh aku, sebelah aku tuh Haslina. Dulu ni la die geng2 gossip aku. Dgn dorang jek aku boleh bergosip. Dgn orang lain susah betol. Konon baik lahh.. Hahhaha :D (Mcm aku jek yg plg cute kat situ.. Yuckkkk!! :P)


Yang ni plak name die Muallimat. Just call Ima. Dulu lps aku abis SPM aku keje kat 7Eleven. Hah keje dgn budak senget nih lahh.. Hahahha. Die nih kdg2 senget. Kdg2 tuh mcm serius jek.. Skang die dh belaja. Kat Melaka. Huuu susa betol nak hang out dgn die sekarang nih. Tapi tape lah.. Next time bile free kite keluar sesame yerr sayang... :P


Ok.. Last story. Yang ni name die Nur Ulfah. Aku kenal dgn die sbb ade lahh kisah kami dulu2 ;).. Hehhe. Die ni budak Melaka. Tapi study kat KL. Saje nak cari suasane baru. Asik Melake jek.. Yerr dopp.? Hahha. Die nih comey orgnye. Tinggi plak tuh. Putih pon yer... Die kalau ketawe mcm dunie nih die yg punye. Hahahah :DD Tapi I suke org yg ketawe2 ni :)


Okeys setakat tuh jek akunak cerite pasal member2 aku yg terbest!! Sebenarnye ade lagi. Tapi nanti lahh aku update lagi pasal kawan2 aku yg tak tertulis kat sini yer..? Bubyeee.. Cekidau ..

Note: Tanpe sahabat hidup kite tak sempurna :)

Sipnopsis Ombak Rindu The Movie(1.12.2011)

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Note: Tak sbar nak tgk. Tapi mcm dh tukar jln citenye.. Hurmm papepon tunggu jekk lah tayangan nye nanti.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa