PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, November 30, 2011

Romantika de Amorrr :)

Tadi mase bukak FB, tenampak satu link ni. 'Kejutan Zahiril Buat Shera Menangis'. Terus tangan ni gatal nak klik kat link tuh. 

Lalu aku pon membace isi kandungan tersebut.....

"Huu~~ Syahdunye.. :') Romantik betol lah Si Daim nih (watak Zahiril dlm Juvana) .. Bestnye dpt laki mcm die."  Hee nape?? Ape yg romantiknye??

Hah!! Korang mesti tau kan yang Si Daim ni dh jadi laki orang iaitu Sheera Ayub. Baru2 nih kat majlis resepsi dorang, si Daim buat satu kejutan utk isteri kesayangan die. Die bacekan puisi smbil diiringi lagu "Dirimu Satu" nyanyian band Ungu.

Korang bace lah puisi die ni ea. Aku copy paste dari sini. Korang bace dan hayati setiap bait2 ayat die okey. Eccehhh. :P







Puisi Zahiril buat Sheera:-
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Waa romantik kan ayat die?? BF korang ade tak bagi puisi2 mcm nih? :) Aku doakan dorang bahagia hingga ke akhir hayat. Dan semoga dorang sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T.
Aminnn~~ :D

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa