Thursday, October 16, 2014

Luahan .

Assalamualaikum. Huu lamanya tak berblog. Dan lamanya tak menulis. Tapi kalau aku tulis & post ade ke orang bace? *sedihhh*

Hari ini tetiba je aku rasa macam nak menulis. Nak meluahkan perasaan. Sekarang ni aku dh pun bekerja kat tempat baru. Yang lebih efisen dan yg lebih dekat dgn rumah. Dalam 10 minit macam tu dh sampai.

Tapi disebabkan tempat kerja aku ni kawasan elit aku rasa macam kecik je berada kat kawasan ni. Nak makan pun segan. Hee bukan sebab tak berkemampuan tapi sebab aku rasa macam tak sesuai. Dengan pakai aku yang macam orang kampung. Aku tengok orang lain nampak havoc walaupun dorang pun sebenarnya sama je position kerja dengan aku.

Hee aku ni kerja sensorang. Opis aku ada 3 orang boss. Dan aku la sorang je staff aka kuli. Ekeke. Tapi takpe. Aku suka kerja sensorang ni. Sebabnya takde politik dalam opis. Aku tak suka nak berpolitik dalam opis. Sakit kepala. Dah le masalah kat rumah banyak. Belum lagi nak handle masalah opis. Tapi sekarang aku bahagia.

Aku bahagia. Tapi kadang-kadang aku sunyi. Aku kena lupakan semua kisah, kenangan aku dengan dia. Aku dah tak ada apa-2 pun dengan dia. Tapi dalam fikiran, hati aku masih ingat dia. Aku taknak tunjukkan sangat. Sebab aku masih ade harga diri. Biarlah dia dengan perangainya. Huu mungkin take time untuk aku lupakan semua ni. Yela hubugan yang terjalin selama 4 tahun hanya sia-2 je.

Takpe la. Aku anggap itu semua pengajaran & pengalaman yang berharga dalam hidup aku.

Haishhh ape ke hal aku ni dok meluahkan perasaan pulokk. Adeii. Dah ler. Nak buat keje sikit.

Bye...

:: tunjuk muka tuan tanah :D ::

1 comment:

  1. kak ayu kerja apa? sunyi la kalau kerja sesorang.. kan nanti kalau bos kasi pressure, xde teman nak ngumpat. eh eh.. hehehe...

    ReplyDelete

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa