PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, June 4, 2012

Alhamdulillah.. (^.^)

Assalammualaikum semua. (^_^)v

Hai.. Selamat menempuh hari isnin kembali. Hee sekarang memang terase cepat betul mase berlalu. Huu dah 4 Jun weh.. Adoyai..

Ok2. Tadi aku ade test JPJ. Memang neves gile lah aku kate kat korang. Sape2 yang pernah amek test ni mesti korang dpt rase mcm mane yang aku rase ni. Kan3? Yang tak tahu pi daftar masuk sekolah memandu. Nanti hari ujian korang tau lah langit tu tinggi ke rendah. *menggelabah*

Tadi tu aku test untuk kereta bahagian dua. Before ni aku dh test pun. Tapi lulus kat jalan raya jek. Bahagian litar aku failed. Cett ni semua salah JPJ. Sebab dorang tak nak bagi aku lulus. Hahah *gelak jahat*. Ok2 back to topic. Pagi tadi memang ramai jugak yang amek test. Aku dari kul 7.30 terpacak kat situ. Eh mesti. Kata student terbaik. Kene jage tatatertib. Hahha.

Hurm tunggu punye tunggu akhirnye sampai la ke giliran aku. Lame jugak. Dalam pukul 10 lebih camtu baru sampai number aku. Takpe. Sabar kan separuh daripada iman. *tazkirah jap*.

Nak masuk dlam kereta ni. Pehh kaki aku sejuk gile. Time tu jugak lah aku nak terberak, terkencing, terkentut. Opss terlebih sudah. Hahha :D. Tapi aku tahan jek lah. Gile kau aku nak buang bende tu time aku punye giliran. Kang tak pasal failed lagi aku. Kang kene tambah duit lagi.

Dengan kaimah Bimillahhirrohmanirrohim. Aku pun tekan clutch, masuk gear & gerak ke dpan. Nak naik bukit. (Mase aku failed tuh dkt bukit ni lah. Jahat tau bukit ni.) Dh berhenti kat garisan kuning tuh, JPJ tester suh gerak kuar. Aku pun berdoa2 sambil tekan clutch, masuk gear satu, tekan minyak, lepas clutch perlahan2 sampai berdencut, tekan minyak lagi, lepas clutch lagi, minyak lagi & then lepaskan hand break.

Fuhhh! Lepas kau. Aku rase mcm nak lompat2 jek dalam kereta tuh. Memang hepy giler lah. Terus aku ucap alhamdulillah. Memang tersangat hepy lah.. Dah lepas satu hal, aku terus ke side parking & 3 pointers. (Dua bende takde masalah. So boleh lepas lah). Dah hantar kereta ke tempat asal, aku pun amek borang aku kat En. JPJ. (hee suke suki tukar name orang).

Dah amek tuh kene pegi buat pengesahan kat bilik JPJ. Yela kalau tak buat pengesahan nnt ko tak dpt lesen. Lalu aku pun dgn tersenyum sumbingnya memberi borang aku kat pegawai yang bertugas.

Masw aku bagi tu, en. Pegawai mcm pelik jek tengok borang aku. Die suruh aku duduk dulu. After few minutes, salah sorang En. Pegawai panggil name aku.
"Sape ni Azreen Wahyunie?" Lalu aku pun bangun. "Eh, dik. Saya rase awak tak lulus 100% ni." Aku rase dunia ni mcm dh pecah. Biar betik betol. Tadi aku buat ujian tu ape kejadahnye. "Kenapa pulak En? Tadi saye dh buat lah. Takde ape2 masalah pun." "Ni borang awak tak cakap pun dah lulus. Cer awak pegi kat pegawai yang bertugas tadi. Tanye status awak ni." Aku dengan muke bengkek terus mengambil langkah. Tak gune punye En. JPJ. Ade ke patut die tak tande aku punye. (tapi salah aku juge. sbb tak check dulu). Aku pun jumpe lah En. JPJ td. "Nape ni dik?" Eh orang tua ni. Boleh tanye kenapa. "Hurm, En. tak sign pun borang ni." "Laa yeke.. Sian awak kene jalan jauh2 ek. Patut awak amek teksi tadi." Cett tau pun En. Penat tau ulang alik ni. (sebenarnye tak jauh mane pun. gelabah jek tu).

Dah sign tu, aku pun balik ke bilik JPJ tadi. "Hurmm beul ke awak amek ujian ni? Ke awak men suruh sign jek?" Cett aku punye bersusah payah tadi boleh pulak En. Pegawai ckp aku tak amek. "Eh, amek lah En. Penat tau saye."

Tengok borang. LULUS. Yeaaaa!! V(^_^)V Gumbira rase hati ini. Dan kakak kat sekolah pandu tu cakap kamis ni kalo takde aral dh boleh pegang lesen 'P'. Yehaaa... Memang tu yang aku tunggu2 sebenarnye.

:: senyuman bahagia ::


Hee aku amat bersyukur sebab Dia telah melancarkan segala perjalanan aku tadi. And aku nak ucapkan terima kasih pada cikgu2 yang mengajar aku memandu sampai dah LULUS (sje nak buat caps lock) ni. Dan tak lupe juge family aku, kawan2 aku En. Afiq aku. Yang menyokong aku, memberi semangat kepada aku. Thanks guys. I appreciated u all. Love u.. Muaxxx.. (^.^) Wassalam..

Nota kaki: Hee tak sabar nak beli kereta pulak.. 

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa