Assalammualaikum..
Aku tak tau patut ke aku posting note aku ni. Aku fikir banyak kali jugak. Takut tersinggung hati sape2 ke.. Tapi bagi aku, ini hanya satu coretan.
Kelmarin, iaitu hari sabtu/9.6.2012 dalam jam 6.25 pm aku mendapat text masuk. Text tersebut berbunyi, "Salam kak U. Opah Embun dah meninggal. Kul 6 tadi." Serentak aku melafazkan 'Innalillahiwainnailahirojiun'. Akhirnye kau pergi jua Opah. Sedih tak terkata. Lalu aku sedekahkan Al-Fatihah.
Okeys. Opah. Opah yang aku maksudkan kat sini bukan opah aku. Bukan sedara aku dan kami memang tak ade pertalian darah sekalipun. Opah atau name sebenarnye Embun binti Ali adalah insan yang telah menabur bakti kepada anak-anak yatim seperti aku, adik2 aku & member aku. Korang tau kan aku pernah duduk kat asrama anak yatim? Ok. Asrama yang aku duduk tuh telah di bina oleh arwah Opah & suami. Dengan menggunakan wang pencen, beliau telah membeli tanah di Kampung Pintu Padang, Gopeng dan membina asrama anak-anak yatim. Sungguh suci niat mu Opah. Aku terharu. :'(
Lumrah kehidupan. Yang hidup pasti akan mati. Dari mana kita datang ke situ jugak kita pergi. Aku berdoa agar opah berada di kalangan orang2 yang solehah dan beriman. Jasamu ku kenang opah. :')
:: Mak Nim & Opah :: |
ILYSM Opah >.<
Nota kaki: Al-fatihah -_-
No comments:
Post a Comment
Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v