PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, August 23, 2010

Paris Hilton nafi ditahan bersama lelaki Malaysia

Berita luar negara dari sumber berita Agensi 18 Julai lepas melaporkan selebriti bermasalah yang penuh glamour, Paris Hilton menafikan dia ditahan polis semalam di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya. Paris Hilton dilapor transit di pulau Mediterranean itu menaiki jet peribadi, bersama 'personaliti yang rapat dengan orang berpengaruh di Malaysia' ketika dalam perjalanan dari Paris ke Porto Cervo di Sardinia. Dalam satu ulasan yang disiarkan di laman rangkaian sosial Twitter miliknya, pewaris empayar Hilton itu menegaskan laporan berita itu hanya khabar angin semata-mata. Hentikan khabar angin ini. Berita yang mengatakan saya ditahan tidak benar sama sekali. Saya sedang menikmati percutian paling menyeronokkan dalam hidup saya. Media semalam melaporkan, Hilton ditahan seketika di Corsica selepas anjing penghidu mengesan ganja di dalam beg tangannya. Akhbar Corse Matin melaporkan, pegawai di lapangan terbang di Figari menemui kira-kira satu gram ganja, menyebabkan aktres itu ditahan untuk soal-siasat, namun dibebaskan 30 minit kemudian. Awal bulan lalu, selebriti itu ditahan kerana didakwa menghisap ganja pada satu perlawanan Piala Dunia di Port Elizabeth, namun dibebaskan kemudian.

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa