PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, August 23, 2010

Ariel disahkan pelakon video lucah

Berita dari Jakarta mengatakan Polis Indonesia secara rasmi telah mengesahkan yang bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham, 29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua selebriti wanita Indonesia iaitu Luna Maya, 26, dan Cut Tari, 32. Pengesahan tersebut dibuat oleh Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi. Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan ke atasnya. Tuduhan ke atas Ariel ialah melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah (berzina?) “Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” kata Ito Sumardi yang dipetik oleh portal detikhot.com. Kata Ito Sumardi lagi, model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi. Mereka berdua berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya untuk melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang marah dengan perbuatan mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa