PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, September 27, 2011

Persaraan Pekerja Swasta Dinaikkan sehingga 64tahun..

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menggubal undang-undang baru bagi menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor berkata, di bawah undang-undang baru itu seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan perkhidmatan selama empat tahun lagi.

"Saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa teknikal mewakili MTUC yang mengkaji rang undang-undang tersebut telah menyerahkan kajian kami kepada kementerian (Kementerian Sumber Manusia) untuk didrafkan dan ia dijangka diluluskan sebelum tahun depan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Abdul Halim, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum Swasta itu diharap dapat memberi manfaat kepada lebih enam juta pekerja di negara ini dan MTUC mahu aspek kebajikan dan ganjaran pekerja turut diambil kira.

Justeru, MTUC menggesa kerajaan memasukkan soal ganjaran dan kebajikan pekerja apabila undang-undang tersebut diperkenalkan kelak.

"Kami akan meminta kerajaan mengambil kekurangan yang ada dalam Akta Kerja apabila undang-undang umur persaraan sektor swasta diperkenalkan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain jelasnya, MTUC akan melancarkan piket di hadapan bangunan Parlimen pada hari pertama persidangan iaitu 3 Oktober ini sekiranya kerajaan meneruskan rancangan meminda undang-undang buruh sedia ada.

p/s: agak2 ade lagi ke aku mase tuh.. hummmm

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa