Friday, August 19, 2011

53 jenis makanan yang tercemar di Bazaar Ramadhan KL :(

cilok harian metro

KUALA LUMPUR: Hasil kajian Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas 278 sampel makanan yang diambil daripada Operasi Bersepadu Bazar Ramadan bermula awal Ramadan lalu mendapati 19 peratus daripadanya tercemar dengan bakteria. Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata 53 daripada 278 sampel itu didapati mempunyai bakteria coliform dan e-coli yang dipercayai berpunca daripada pengendalian makanan yang salah.

DBKL akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mementingkan kebersihan dengan mengeluarkan kompaun supaya mereka sedar kesalahan yang dilakukan. Antara makanan yang banyak didapati tercemar ialah

- kuih yang menggunakan kelapa,
- nasi lemak,
- air jagung,
- air tembikai
- soya (air soya kot ni)

DBKL akan keluarkan kompaun kepada peniaga selepas mendapati makanan atau minuman mereka mempunyai bakteria mengikut Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan 1987 yang boleh dikompaun RM500. dalam operasi semalam 60 sampel diambil untuk kajian dan tindakan susulan akan diambil sekiranya didapati wujudnya bakteria pada makanan atau minuman berkenaan.

Jabatan Kesihatan DBKL sudah menjalankan operasi ke atas 2,279 gerai di 47 bazar dan akan meneruskannya ke 33 bazar sebelum 25 Ramadan ini.
 
note: adeshhh!! nasib baik aku tak penah beli kuih2 kat bazaar.. hummm mcm mane lahh dorang ni kan.. tak ambik berat langsung.. nak berniaga tuh biar lee ikhlas.. jgn tau nak untung jekk... huuu :'(

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Copyright © 2012 reserved to WahyuNie WaHip. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa