Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H
Negeri Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.30
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 7.50
Pahang 7.30
Terengganu 6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan 7.60
Sarawak 6.20
Sabah 7.70
Wilayah Persekutuan 7.00
*mengikut harga beras yang di makan
Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya.
Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.
Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan.
Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal.
Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.
Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”
Sumber Rujukan: Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri² di Malaysia
note: kepada Umat Islam yg dh bekerja tuh jgn tangguh2 yer.. sile lahh pegi ke kaunter zakat yg berdekatan. selamat menjalankan kewajipan anda.. :)
No comments:
Post a Comment
Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v