Harga Asal: RM12.00 |
Harga Sekarang: RM10.00 (Include Postage)
Synopsis:-
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.
Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagian.
Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.
Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka dihati. Dimanakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?
Status: SOLD by Norain
Note: Terima kasih Norain :)
No comments:
Post a Comment
Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v